Sunday, November 3, 2013

Ketupat Palas




Arwah emak aku dulu suka buat ketupat palas ni masa raya atau masa abang-abang aku balik bercuti.  

Pokok daun palas pula banyak tumbuh liar di kawasan tanaman pokok buah-buahan kami.

Yang aku buat ini ikut stail arwah emak aku yang digaulkan beras pulut itu dengan sedikit kelapa parut.  Jadi ia sedap dimakan begitu sahaja, memadai dengan rasa lemak dari kelapa parut itu.




2 cawan beras pulut
1/4 cawan kacang mata hitam
1 biji kelapa parut (putihnya)
garam secukup rasa
1 pelepah daun palas

1.  Beras pulut direndam semalaman dan kacang mata hitam juga direndam dalam 4 jam.  Toskan.

2.  Kelapa parut diasingkan dalam 1/2 cawan dan yang selebihnya diperah untuk diambil santan.




3.  Beras pulut itu digaulkan dengan kelapa parut, kacang mata hitam dan garam.  

4.  Daun palas dibukakan lipatannya dan dilap bagi menghilangkan habuk-habuk pada daun itu.  



5.  Lipatkan dihujung daun lepat menjadi seperti kon.  Masukkan campuran beras pulut itu ke dalamnya dan lipatkan ia menjadi 3segi kemas-kemas.  Selitkan hujung daun palas itu pada lipatan yang terakhir.  Kemudian simpulkan.  



6.  Masukkan ketupat palas yang telah siap itu ke dalam periuk dan masukkan santan sehingga menutupi ketupat palas itu.  Santan itu boleh ditambahkan air lagi berserta garam.  Tutup periuk dan rebus sehingga ada wap keluar dari tepi-tepi tudung periuk menandakan ketupat palas itu sudah masak.  Toskan.



Ketupat palas ini sedap dimakan begitu sahaja dengan rasa lemaknya atau boleh juga dicicah dengan rendang atau sambal.




No comments:

Post a Comment