Thursday, November 14, 2013

Hari Asyura Bersamaan 10 Muharram


Umat Islam digalakkan berpuasa pada hari ke-9 Muharram yang disebut Puasa Tasu'a supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10.  Ini berdasarkan hadis sahih, antaranya ialah :

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya) :  "Ketika Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura, baginda turut mengarahkan orangramai supaya turut berpuasa.  Lalu mereka berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.  Lalu Rasulullah s.a.w  bersabda lagi : "Sekiranya di tahun depan jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9.  Ibn Abbas berkata : "Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah s.a.w wafat terlebih dahulu."  (Riwayat Imam Muslim).

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura.  Nabi pun bertanya, "Hari apa ini?".  Jawab mereka : "Hari ini ialah hari yang baik.  Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya".  Sabda Nabi : "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa".  Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura.  (HR Bukhari) 

Dari Aisyah r.a. katanya : "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliyyah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa.  Ketika baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".  (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya : "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari Asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu.  Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu".  (HR Muslim)


Peristiwa Penting Yang Berlaku Pada Hari Asyura

10 Muharram adalah bersamaan dengan hari Asyura.  Ada banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada hari Asyura.

1.  Hari pertama Allah menciptakan alam dan menurunkan hujan.

2.  Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

3.  Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakrawala.

4.  Allah menciptakan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat.

5.  Allah menciptakan Nabi Adam as.

6.  Allah menjadikan Siti Hawa.

7.  Allah menjadikan syurga.

8.  Allah memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga.

9.  Taubat Nabi Adam diterima Allah.

10.  Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama 6 bulan.

11.  Nabi Ibrahim dilahirkan dan pada 10 Muharram juga baginda telah diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Zamrud.

12.  Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

13.  Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

14.  Penglihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

15.  Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

16.  Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam.

17.  Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun dan Firaun serta pengikutnya telah tenggelam ke dalam lautan tersebut.

18.  Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


sumber : tazkirahjumaat.blogspot.com


No comments:

Post a Comment