2 cawan kacang tanah
1 cawan gula halus
4 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan minyak jagung mazola
1 biji kuning telur untuk sapu
1. Kacang tanah disangai dulu. Dibuang kulit dan dikisar hingga halus.
2. Campurkan kacang tanah kisar, gula dan tepung gandum. Gaul rata.
3. Akhir sekali masukkan minyak jagung mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sebati sehingga boleh dibentuk. Boleh juga gunakan minyak masak biasa.
4. Ambil sedikit adunan tadi dan bulat-bulatkan. Sapu kuning telur di atasnya. Jika hendak, boleh aje ditekankan kacang tanah yang dibelah dua di bahagian tengahnya dan sapukan dengan kuning telur.
5. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 20 minit.
No comments:
Post a Comment