2 ekor ikan keli
100 gm cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 ketul ubi cekur
1 st minyak
garam dan gula
Ikan keli dibersihkan. Kikiskan lendir-lendir dan hitam-hitam pada ikan tu. Lepas tu aku lumurkan dengan asam jawa atau tepung beras. Biarkan dalam 30 minit barulah dibasuh bersih. Dapat lihat bersihnya ikan tu dan tak lagi berbau hanyir. Kalau masih ada lagi lendir tu, lumurkan sekali lagi dengan tepung beras. Biarkan 30 minit dan bilas. Jika tidak dibersihkan lendir-lendir itu, semasa menggoreng, ia akan meletup-letup...alamat berminyaklah satu dapur.
Lepas tu barulah dilumur dengan garam dan serbuk kunyit lalu digoreng garing. Kemudian ikan tu diasingkan isinya.
Ubi cekur tu pakai sikit dah memadai. Bau dan rasanya kuat. Cili padi pula dipotong 2 atau 3 supaya mudah ditumbuk. Panaskan minyak dan goreng sekejap bawang merah, bawang putih dan cekur berasingan. Toskan. Lepas tu gorengkan pula cili padi dan toskan.
Tumbukkan bahan-bahan yang digoreng tadi bersama isi ikan. Akhir sekali sebatikan dengan sedikit gula dan garam. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas. Sedap lauk ni.
No comments:
Post a Comment