Bahagian A :
10 gm agar-agar tali
1 cawan susu cair
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
1/4 st garam
1. Masak agar-agar, air, gula dan daun pandan hingga gula larut.
2. Masuk susu cair dan garam. Masak sekejap tapi jangan sampai mendidih.
3. Tuang dalam loyang. Bila keras, dipotong-potongkan.
Bahagian B :
20 gm agar-agar tali
4 cawan air
100 gm gula melaka
2 sb gula merah
1 helai daun pandan
1/4 st garam
1. Masak agar-agar, air, gula melaka, gula merah dan daun pandan.
2. Bila mendidih, tapis agar-agar dan tuangkan dalam agar-agar yang dipotong-potong tadi. Sejukkan biar keras.
Agar-agar yang dipotong-potong itu dibiarkan berterabur di dalam loyang/bekas supaya kelihatan seperti rupa kemenyan.
No comments:
Post a Comment