Tuesday, July 26, 2011

Kuih Lapis


Dah 2 hari berturut-turut aku cuba buat Kuih Lapis yang aku ambil dari satu blog yang aku rasa ramai yang tahu.  Tapi hasilnya sungguh mengecewakan.  Membazir tepung, gas dan masa aku aje.  Kukus sampai 4 jam pun kuih tu lembik aka berair, tahap bengang jugalah aku.  Simpan dalam peti ais 1 malam pun tak keras-keras juga.  Sebab sukatan tepung dan santan yang diberi tu memang tak boleh menjadi kuih langsung.




Aku ada juga dengar cerita yang setengah2 orang ni dia tak akan bagi kat kita sukatan resipi yang sebenar-benarnya.  Orang tu semacam ada pantang.  Kalau dia beri kita bulat-bulat resipi rahsia dia orang tu, lain kali masakan dia orang ni takkan menjadi.  Selalunya dia orang akan pesan, "kalau lembik, tambah tepung.  kalau pekat, tambah air".  Ini rahsia orang-orang yang "istimewa" aje.  

Ada pesanan macam tu pun kira ok jugalah.  Berbanding mereka yang nampak macam ikhlas beri resipi tapi sebenarnya ada juga yang tak betulnya.  Akhirnya menyusahkan kita aje. 
Ada juga yang ikhlas tapi tetap bagi pesanan macam tu.  Ini 2 perkara berbeza.  Jangan salah faham pulak.



Terima kasih pada (resipi asal)  http://www.westernfoodyolasite.com/


2 1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 cawan santan
sedikit pewarna merah
sedikit esen ros
1 sb air kapur
1/4 st garam


1.  Satukan tepung beras, tepung gandum, gula, santan dan garam.  Adunkan hingga sebati.

2.  Asingkan 3 cawan adunan tadi dan diwarnakan merah serta dimasukkan esen ros.



3.  Didihkan air di dalam pengukus.  Ambil 3/4 cawan adunan merah dan dimasukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak.

4.  Kukus lapisan merah itu 10 minit.  Aku pulak tengok kalau wap asap mula keluar kat tepi-tepi tudung kukus tu dan permukaan kuih itu nampak berkilat.  Biarkan seketika pengukus itu terbuka supaya permukaan kuih itu kering.  



5.  Kemudian dilapiskan pula dengan lapisan putih dan dikukus lagi.  Sebaiknya biarkan seketika penutup kukusan itu terbuka barulah dituangkan lapisan seterusnya.




6.  Ulanglah langkah yang sama sehingga lima lapisan atau ikut suka.  Lapisan yang akhir tu dimasak lama sedikit, lebih kurang 20 minit.



Yang ini aku gunakan bekas-bekas kecil. 




No comments:

Post a Comment