Thursday, July 28, 2011

Kway Teow Hati Rawan





450 gm kway teow
2 sb kicap cair
1 sb minyak untuk menggoreng kway teow
200 gm daging - dipotong nipis
1 keping fish cake - dipotong nipis
100 gm tauge - di celur atau disiram dengan air mendidih
3 pokok sawi - di celur
1 pokok daun sadri - dihiris
3-4 helai daun limau purut
3-4 biji cili padi/cili merah
sedikit bawang goreng 
2 sb minyak untuk menumis bahan kisar


Bahan dikisar halus :
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 sb ketumbar
1 sb jintan manis
1 st lada hitam

1.  Basuh kway teow dan toskan.  Lepas itu gaulkan dengan kicap cair.  Panaskan minyak dan gorengkan sekejap kway teow itu. Ketepikan.



2.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang dikisar halus hingga garing dan pecah minyak.



3.  Masuk air, daging dan fish cake.  Masak hingga mendidih dan masuk garam.  Tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus limau nipis. 




4.  Masa menghidang, letak kway teow, tauge dan sawi dalam pinggan. Tuangkan kuahnya dan taburkan dengan daun sadri, bawang goreng dan cili padi/cili merah.  








Wednesday, July 27, 2011

Hadis yang menarik dari Rasulullah saw


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .

Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"

namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.


Nasi Goreng Udang



1 pinggan nasi sejuk
10 ekor udang 
5 biji fish ball - dipotong nipis
1 biji telur
2 pokok sawi
1/4 st serbuk kunyit
1 pokok daun bawang - dihiris
3 sb minyak untuk menumis
sedikit bawang goreng
garam secukup rasa

Bahan kisar :
5 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1/2"  kunyit hidup
2 sb udang kering

1.  Gaulkan udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kemerahan.  Ketepikan.

2.  Bekas minyak menggoreng udang tadi tumiskan bahan kisar dan fish ball hingga garing.


3.  Kemudian masuk sawi dan pecahkan telur.  Tumis sekejap dan gaulkan hingga telur hancur.  Lepas itu  masuk pula nasi sejuk. Gaulkan hingga rata dan sebati.

4.  Akhir sekali masuk garam dan udang goreng tadi.  Gaulkan hingga rata.  Gorengkan lagi dalam 2 minit. Tutup api.

5.  Bila menghidang, taburkan bawang goreng dan daun bawang.





Tuesday, July 26, 2011

Kuih Lapis


Dah 2 hari berturut-turut aku cuba buat Kuih Lapis yang aku ambil dari satu blog yang aku rasa ramai yang tahu.  Tapi hasilnya sungguh mengecewakan.  Membazir tepung, gas dan masa aku aje.  Kukus sampai 4 jam pun kuih tu lembik aka berair, tahap bengang jugalah aku.  Simpan dalam peti ais 1 malam pun tak keras-keras juga.  Sebab sukatan tepung dan santan yang diberi tu memang tak boleh menjadi kuih langsung.




Aku ada juga dengar cerita yang setengah2 orang ni dia tak akan bagi kat kita sukatan resipi yang sebenar-benarnya.  Orang tu semacam ada pantang.  Kalau dia beri kita bulat-bulat resipi rahsia dia orang tu, lain kali masakan dia orang ni takkan menjadi.  Selalunya dia orang akan pesan, "kalau lembik, tambah tepung.  kalau pekat, tambah air".  Ini rahsia orang-orang yang "istimewa" aje.  

Ada pesanan macam tu pun kira ok jugalah.  Berbanding mereka yang nampak macam ikhlas beri resipi tapi sebenarnya ada juga yang tak betulnya.  Akhirnya menyusahkan kita aje. 
Ada juga yang ikhlas tapi tetap bagi pesanan macam tu.  Ini 2 perkara berbeza.  Jangan salah faham pulak.



Terima kasih pada (resipi asal)  http://www.westernfoodyolasite.com/


2 1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 cawan santan
sedikit pewarna merah
sedikit esen ros
1 sb air kapur
1/4 st garam


1.  Satukan tepung beras, tepung gandum, gula, santan dan garam.  Adunkan hingga sebati.

2.  Asingkan 3 cawan adunan tadi dan diwarnakan merah serta dimasukkan esen ros.



3.  Didihkan air di dalam pengukus.  Ambil 3/4 cawan adunan merah dan dimasukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak.

4.  Kukus lapisan merah itu 10 minit.  Aku pulak tengok kalau wap asap mula keluar kat tepi-tepi tudung kukus tu dan permukaan kuih itu nampak berkilat.  Biarkan seketika pengukus itu terbuka supaya permukaan kuih itu kering.  



5.  Kemudian dilapiskan pula dengan lapisan putih dan dikukus lagi.  Sebaiknya biarkan seketika penutup kukusan itu terbuka barulah dituangkan lapisan seterusnya.




6.  Ulanglah langkah yang sama sehingga lima lapisan atau ikut suka.  Lapisan yang akhir tu dimasak lama sedikit, lebih kurang 20 minit.



Yang ini aku gunakan bekas-bekas kecil. 




Monday, July 25, 2011

Nasi Dagang

credit to periuktanah



Bahan untuk nasi :
3 cawan beras biasa
3/4 cawan beras pulut
4 cawan santan cair
3 ulas bawang merah
1/2" halia
1 st halba
garam secukup rasa

1.  Beras biasa dan beras pulut dibasuh dan toskan.
2.  Bawang merah dan halia dihiris.
3.  Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus.  Sesekali dikacau.



Lauk Nasi Dagang
Bahan A :
1 ekor ikan tongkol
4 keping asam-keping
1 st garam
1/2" halia - hiris
3 ulas bawang putih - diketuk
air secukupnya.

Rebus semua bahan di atas sehingga ikan masak dan airnya tinggal secawan.



Bahan B : dikisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2" kunyit hidup
1/2" lengkuas
3 biji buah keras
2 sb ketumbar
1 st jintan putih

Bahan C :
2 cawan santan
2 batang serai
3 sb cili kisar
1 sb kerisek
beberapa biji cili padi
garam secukup rasa

1.  Tumis bahan kisar hingga wangi.
2.  Masuk cili kisar dan kerisek.  Tumis hingga pecah minyak.
3.  Masuk 1 cawan air rebusan ikan tadi, santan, serai dan garam.
4.  Masak hingga kuah agak pekat.
5.  Akhir sekali masukkan ikan dan cili padi.  




Untuk Buat Acar Mentah
1 batang timun - hiris
1 batang carrot - potong memanjang
1/2 biji bawang besar- hiris
1 biji limau nipis - ambil jusnya
garam, gula

1.  Gaul semua bahan hingga sebati.






Sunday, July 24, 2011

Wasiat Dari Penjaga Makam Nabi Muhammad s.a.w


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad..Maeine (Saudi Arabia).

Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur. Dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba,
dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)  isteri tidak mendengar kata suami.
(b)  orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)  orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan( Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a)  Berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b)  Bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c)  Bersembahyanglah
(d)  Berzakat - jangan ditinggalkan.
(e)  Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f)  Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
 

Wednesday, July 20, 2011

Sukun Goreng



Pokok sukun boleh mencapai ketinggian 20 meter.  Buahnya berbentuk bulat atu sedikit bujur mempunyai ukuran garis pusat diantara 10-30cm.  

Pada kebiasaannya berat buah ialah antara 1-3 kg.  Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut.  Sebaliknya pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa yang sedikit kelat.


1.  Sebelum dikupas kulit buah sukun tu, sapukan sedikit minyak masak pada pisau supaya getah di buah sukun itu tidak melekat.
Kupaskan kulit buah sukun tu dan dibelah dua.  Buangkan sedikit empulurnya.


Lepas tu potongkan nipis buah sukun tu kalau masih muda.  Kalau dah masak, bolehlah dipotong dalam 1cm tebalnya.  Basuh dan toskan.


2.  Buat pula tepung sadurannya.  Ada banyak cara untuk buat tepung saduran ni.  

1 cawan tepung beras
1 sb tepung sagu ubi
1 sb tepung jagung
2 sb bijan
1 st air kapur
1 st serbuk kunyit
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Bancuhkan semua bahan hingga sebati.


3.  Lepas itu masukkan potongan sukun tadi ke dalam tepung saduran itu.


4.  Panaskan minyak dan gorengkan sukun itu sekeping-sekeping. Toskan minyaknya dan bolehlah dihidangkan.

Sedap dicicah dengan sambal kicap.




Tuesday, July 19, 2011

Cempedak Goreng Guna Tepung Cucur Cap Jam



Cempedak yang abang aku bagi, aku goreng aje.  Kali ni aku guna tepung goreng cap JAM yang Syarifah beli di Kedah.  Sedap.


Ambillah dalam 4 sb tepung cucur tu.  Campurkan dengan air sedikit-sedikit, agak-agak kepekatannya boleh menyalut pada cempedak tersebut.  Kemudian campurlah sedikit serbuk kunyit bagi mendapatkan warna yang menarik.  Akhir sekali masuk garam.  Gaul rata.


Masukkan pula ulasan-ulasan cempedak itu ke dalam tepung tu dan gaul rata.  Lepas ambil seulas-seulas digoreng dalam minyak panas.  Gorenglah hingga garing dan cantik kuningnya.  



Saturday, July 16, 2011

Makan..makan...makan


Aku, Yong, Syarifah dan anak-anaknya jalan-jalan ke Melaka.  Aku bawalah juga mereka balik ke kampung aku.  Abang dan kakak ipar aku dah call suruh balik. Ada musim buah.  Yang sebenarnya aku lebih rindukan kampung, abang & kakak ipar aku.
Yong pulak siang-malam asyik memujuk aku agar bawa dia pergi melihat kampung aku.

Maka aku pun bawalah mereka.
Hari ini memang kami betul-betul jalan-jalan cari makan.  Rasa baju dah ketat.



Pagi-pagi kami bfast di gerai Mee Goreng Hasan di Tengkera.  Walaupun mee goreng dan nasi lemaknya simple tapi memang sedap.  Nak makan sampai beratur.

Lepas tu kami minum cendol di Kampung Jawa.  Aku tak sempat nak bawa mereka minum cendol di Bandar Hilir.  Sebab ada tempat lain lagi kami nak pergi.


Aku ziarah sekejap di pusara arwah emak dan bapa aku.  Kemudian kami menuju ke kampung aku.  Bila kakak ipar aku ajak makan nasi, semua kata dah kenyang.  Tapi bila buka tudung saji, ada plak masak lemak tempoyak, Yong pun apalagi...makan lagi.

Abang aku plak bukakan durian.  Kakak ipar aku goreng cempedak dan kway teow goreng.  Huhuhuh ....pelik anak Syarifah makan kway teow dengan tempoyak.  Sedap katanya sampai menjilat sudu.  Sayangnya, sebab sibuk makan sampai kami terlupa nak ambil gambar.  Dah kenyang, semua tergolek tidur.  Yong sampai berdengkur kekenyangan.

Lepas tu kami bertolak pula ke rumah ipar Kak Filah ada buat kenduri Akikah di Bukit Rambai.  Makan lagi.   Sedapnya sambal belacan bacang mereka.

Sebelum bertolak balik KL, aku ajak mereka makan Roti John pula di Pantai Puteri.  Aku cakap Roti John Melaka tak sama macam kat KL.  Aku lebih suka yang sini punya.  Cuma aku rasalah kan Roti John kali ni macam kurang telur tapi tetap sedap.  Tak tau lah tekak dia orang tuh, malas aku nak tanya.

Lepas tu, kami pun bertolak balik ke KL.

Masa balik, kami semua pening dalam kereta sebab kereta penuh dengan buah durian, cempedak, tempoyak dan buah binjai yang kami beli.


Wednesday, July 13, 2011

Sayur Manis Goreng



Penjual di pasar kajang kata nama sayur ni adalah sayur manis.  Boleh digoreng atau dibuat sup.  Aku pun belilah seikat, nak cuba.



300 gm sayur manis
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 ekor udang
1/4 cawan air
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Sayur manis diambil daun-daunnya.  Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris.



2.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga kekuningan.

3.  Masuk udang dan tumis lagi hingga udang kemerahan.

4.  Akhir sekali masuk sayur manis, air dan garam.  Bila mendidih tutup api.




Friday, July 8, 2011

Satay Station, Ampang


Aku dan Suzana lepak-lepak di Satay Station, Ampang.  Setiap hari bila balik kerja, aku lihat restoran ni sentiasa penuh.  Sedap sangat ke satay nya.  Kami pun cubalah.  

Kuah sataynya manis yang amat.  Tak kena dengan tekak aku.  Bagi aku Satay Melaka di Keramat AU lebih meletup.

Sampaikan mee rebusnya pun aku rasa manis juga.  Tak pe lah, lain kali kami cuba makanan lain pulak.  Tapi service mereka memang cepat.  Tak bosan nak tunggu lama2.








Sunday, July 3, 2011

Fikir dan renungkan peristiwa 13 Mei 1969


Peristiwa 13 Mei 1969, 
Peristiwa Pergaduhan di Taman Medan dan kini...Bersih2

Tak tahu apa lagi nak dikatakan dan tak dapat nak dibayangkan apa akan terjadi pada 9 Julai 2011 bersamaan hari Sabtu ini.  Rata-rata rakyat terutama yang tinggal di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor ini semuanya di cengkam kebimbangan.  Tambahan lagi bagi generasi seperti kita ini yang tidak pernah menghadapi peristiwa2 seperti ini,  apakah yang dapat kita lakukan sekiranya sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku, dijangka berlaku. 

Kenapalah sempitnya pemikiran .... bukankah indah hidup dalam suasana harmoni sekarang?  Bebas hendak ke mana2..  Kita masih boleh ketawa, tersenyum, bergurau, bekerja dan sebagainya dengan suasana yang aman-damai ini....tidak adakah cara lain yang lebih baik untuk dibawa berunding?  Jika permintaan yang boleh diterima akal, sudah pasti banyak pihak boleh pertimbangkan. 

Sejarah 13 Mei 1969

Latar belakang isu perkauman dalam pilihan raya 1969. 
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Pembangkang meraikan kemenanganPeristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.  Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato'' Harun Idris.  Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan.  Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (''menyingkir'') orang-orang Melayu ke laut.  Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Perarakan kematian CinaDi Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.  Pada hari Selasa 13 Mei, selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.  Rumah Menteri Besar SelangorUMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Dato'' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.  Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato'' Harun Idris untuk mengamuk.  Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap.  Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.  4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan konggelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.  Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.  Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.  Rejimen RenjerPasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih.  Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang.  Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.  Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer.  Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.  Askar MelayuAkhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.  Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.  Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana.  Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.Panggung OdeonPemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.  Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.  Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati.  Beliau masih hidup hingga sekarang.  Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .  Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu.  Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat.  Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.  Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal .  Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut.  Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang.  Apa yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang.  Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka.  Di Betong ada tembakan oleh PKM.
Angka korban  Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.  Di mana TunkuKetika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku.



Peristiwa Kampung Medan
Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan. [1]
Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong.


Punca
Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Lindungan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengkebumian. [1]Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan.

Rentetan peristiwa
Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya samseng Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng India dibawa masuk untuk menyerang mereka. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.


Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 34 India dan 3Melayu.

Sebanyak 98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah boang buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapal dan kayu. Sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan.



Zulkifli Bin Noordin
Selasa
12 Rejab 1432
14 Jun 2011