Pada hari Tasyrik, umat Islam masih boleh melakukan ibadah Qurban tapi diharamkan berpuasa. Ibadah Qurban dimulai dari terbit matahari pada 10 Zulhijjah setelah solat Hari Raya Haji dan selesai 2 kutbah hinggalah saat matahari terbenam pada 13 Zulhijjah.
Pada hari Tasyrik umat Islam dilarang berpuasa sunat apa pun termasuk puasa sunat Isnin dan Khamis. Hari Tasyrik adalah selama 3 hari bermula dari 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Dilarang berpuasa pada hari Tasyrik kerana umat Islam diminta bergembira pada hari tersebut sambil menikmati daging Qurban.
Pada hari Tasyrik umat Islam digalakkan :
1. Bertakbir
2. Berzikir
3. Bersedekah
4. Membaca Al-Quran
5. Perbanyak solat sunat.
6. Menuntut ilmu agama.
No comments:
Post a Comment