Wednesday, July 15, 2020

Aqiqah Anak...Wajib Buat Ke?


Ramai di kalangan kita masih keliru pasal benda ni.  Banyak persoalan yang tak terjawab.  Contoh :

1.  Bolehkah Aqiqah dilakukan untuk diri sendiri setelah dewasa sebab dulu mak ayah tak mampu?
2.  Boleh ke daging Aqiqah dimakan oleh orang bukan Islam?
3.  Bolehkah daging Aqiqah digunakan untuk masak lauk kenduri?
4.  Bolehkah sebahagian daripada badan haiwan seperti tanduk dan kulit dijadikan perhiasan rumah?
5.  Apakah hukum Aqiqah sebenarnya?  Mesti kena buat ke?
6.  Betul ke kalau seorang anak tak dibuatkan Aqiqah maka hidup dia akan sengsara?
7.  Tulang-tulang semua mesti kena tanam ke?
8.  Boleh ke nak combine sekali Aqiqah dan Ibadah Korban waktu Aidil Adha?  Seekor haiwan niatnya dua sekaligus?

Ni atok cuba jelaskan seringkasnya eh supaya semua boleh faham..Inshaallah.

Aqiqah ni hukumnya Sunat Muakkad iaitu sunat yang digalakkan.  Kalau tak buat, tak berdosa.  Kalau buat, dapat ler pahala.  Aqiqah hukumnya TAK WAJIB.  Ianya hanya jadi wajib apabila telah bernazar.

Aqiqah ni bermula sebelum zaman Rasulullah lagi.  Kalau ada bayi lahir, waktu cukur rambut bayi tu orang Arab jahiliyah akan sembelih haiwan tu dan darah tu dilumurkan kat kepala bayi.  Selepas Rasulullah saw ada, amalan melumurkan darah tu dah dibuang.  Tapi amalan Aqiqah dikekalkan.

Biasanya dilakukan pada hari ke 7 selepas kelahiran bayi.  Cukur rambut, Aqiqah dan beri nama kepada bayi.  Tapi tak semua orang mampu.  Yelah, kambing bukan murah.  Kalau baby boy, 2 ekor kambing kena tumbang.  Kat situ je dah nak dekat RM2,000.  Belum lagi masuk belanja nak kenduri etc.  

Menurut Mazhab Syafi'e, boleh dilakukan Aqiqah sebelum anak tu baliqh.  Akan tetapi ada gak yang tak buat sampai la dia baliqh.  Maka tuntutan Aqiqah tu pun gugur.  Tak yah buat dah.  Sama gak kalau bayi tu meninggal dunia sebelum sempat buat Aqiqah.  Tak perlu buat Aqiqah untuk arwah.

Katalah mampu, buat la Aqiqah ni dan tak salah kalau orang bukan Islam makan daging tu.  Sebab tujuan Aqiqah tu bila kita buat kenduri lalu digunakan daging itu untuk dijadikan lauk kenduri adalah bertujuan untuk sedekah.  Kita jamu tetamu yang hadir.  Seeloknya dikongsikan sesama Islam tapi tak de dalil yang mengharamkan orang bukan Islam makan daging Aqiqah.

Kalau nak buat, buatlah sebelum anak tu mencapai usia baliqh.  Kalau dah terlepas, tak yah dah buat Aqiqah tu.  Ada antara kita sampai sanggup berhutang semata-mata nak buat Aqiqah.  Kan dah membebankan tu namanya.  Berkaitan tanam tulang tu pulak, itu tak wajib.  Nak tanam boleh, nak buang pun boleh cuma buang kat tempat yang betul la.  Kalau nak simpan kulit dan tanduk haiwan Aqiqah, pun boleh.  Hukumnya harus je.

Aqiqah dan Ibadah Korban TIDAK BOLEH disatukan eh.  Kena asing-asing.  Tak boleh kongsi.  Sebab dua amalan ini tujuannya berbeza.  Daging korban sunat disedekahkan mentah manakala daging Aqiqah sunat disedekahkan setelah masak.  Satu lagi, tentang kepercayaan bahawa anak yang tak dibuatkan Aqiqah akan hidup susah, selalu ditimpa musibah dan sebagainya.  Tu semua kepercayaan orang dulu-dulu je.  Dalam Islam tak de kepercayaan macam ni.  Boleh faham eh?

Wallahualam.

So, kalau belum buat Aqiqah anak, pastu orang sibuk tanya :
Dah buat Aqiqah dah?
Jawab je :  Insyaallah kalau ada rezeki lebih nanti.  Sunat je pun hukumnya.  Bukan wajib pun.

Kredit :  Normah Ahmad


No comments:

Post a Comment