Sebelum masak nasi ni, fikir banyak kali. Sedap ke? Bau daun ketumbar kan kuat? Banyak pulak kuantitinya untuk 2 cawan beras. Tapi beranikan hati aje...lagipun saje nak menambahkan koleksi resipi nasi dalam senarai.
Bila siap....hurmmm...not bad. Boleh buat lagi.
2 cawan air rebusan ayam atau 1 kiub pati ayam
1 cawan air
2 keping dada ayam
2 sb planta
1 cawan minyak untuk menggoreng ayam
4 ulas bawang merah
3 pokok daun ketumbar
garam secukup rasa
1. Rendam beras dalam 20 minit. Kemudian toskan. 2 pokok daun ketumbar dikisar bersama 1 cawan air. 1 pokok daun ketumbar lagi dihiris. Bawang merah juga dihiris.
2. Ayam dipotong kecil, digaram-kunyit dan digoreng hingga garing. Ketepikan.
3. Panaskan planta bersama 2 sb bekas minyak menggoreng ayam tadi.
4. Tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan beras. Digoreng seketika dan masukkan air rebusan ayam atau kiub ayam, air kisaran daun ketumbar dan garam.
5. Tutup periuk dan biarkan nasi masak. Masukkan ayam goreng tadi bersama daun ketumbar yang dihiris tadi. Gaulkan perlahan-lahan supaya nasi tak patah-patah. Boleh dikacau menggunakan garfu atau senduk kayu bercabang.
No comments:
Post a Comment