Wednesday, July 2, 2014

Kerepek Lidah Buaya



500 gm tepung gandum
1 st garam
3 sb minyak masak
1/2 cawan air

Bahan untuk pes :
1/4 cawan tepung ubi
3 sb minyak masak

1.  Buat pes terlebih dulu.  Gaulkan adunan pes itu hingga sebati. Ketepikan.



2.  Campurkan tepung, garam dan minyak.  Gunakan kaedah gaul dan ramas dengan hujung jari campuran tepung itu hingga berderai.


3.  Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung itu sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak ada tepung melekat di tangan dan mangkuk adunan.  

4.  Bahagi doh kepada 4 bahagian.


5.  Ambil satu biji doh dan dicanai senipis yang boleh.  Jika doh itu masih melekat, taburkan sedikit tepung.  Lepas itu sapukan pes tadi di serata permukaan doh yang dicanai itu.  


6.  Kemudian gulungkan ia.  Buat yang sama pada doh yang lain.  Lepas itu potong-potongkan gulungan lebih kurang 1/2 inci.  Jika lagi tebal dipotong, kuih itu akan jadi lagi besar dan panjang.


7.  Ambil satu bahagian adunan yang telah dipotong itu lalu dicanai.  Jangan ditekan kuat sangat bagi mendapatkan kelopak yang cantik.  Buat hingga habis.


8.  Panaskan minyak dan gorengkan kuih-kuih itu hingga garing.  Sambil menggoreng itu, digoyang-goyangkan supaya lapisan-lapisan kuih itu terbuka cantik.  Boleh juga digunakan lidi/chopstik/cake tester untuk merenggangkan lapisan-lapisan itu.


9.  Toskan kuih-kuih yang telah digoreng itu dan biarkan ia betul-betul sejuk.  Kemudian barulah ditabur dengan gula halus.  Jika ditabur gula semasa kuih itu masih hangat, kuih itu akan jadi berlengas.






No comments:

Post a Comment