Wednesday, July 23, 2014

Ikan Goreng Asam Kicap


Aku dapat resipi ni masa menonton drama Azam Ramadan Su...hehe.  Best drama tu...ada kelainan.  Setiap episod disediakan satu resipi.  


Luarnya nampak macam hitam terbakar tapi isi dalamnya lembut. Eh..sedap rasanya tau.  Macam makan ikan bakar pulak.

2 ekor ikan selar atau apa-apa ikan
2 sb asam jawa
1 sb kicap pekat
1 biji bawang besar 
1 biji cili merah atau 2 biji cili padi 
1 pokok daun bawang 
1/3 cawan minyak
garam secukup rasa.

1.  Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar.  Bawang besar dihiris.  Cili merah atau cili padi dihiris.  Daun bawang dipotong 1" atau boleh aje dihiris.


2.  Campurkan asam jawa, kicap dan garam.  Asam jawa ni ada 2 jenis.  Satu masih berbiji dan satu lagi ada dijual pesnya aje.  Kalau guna yang ada biji, ramaskan asam jawa itu dalam kicap dan buangkan bijinya. 


3.  Kemudian dilumurkan campuran kicap itu pada seluruh ikan.

4.  Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak.  Rupa luaran ikan itu memang agak kehitaman tapi bukan le hangus.  Letak ikan dalam pinggan hidang.


5.  Bekas minyak menggoreng ikan itu digorengkan bawang dan cili hingga bawang layu dan naik bau.  

6.  Akhir sekali bawang dan cili itu dituangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.   Taburkan daun bawang.

Untuk lebih sedap taburkan bawang putih goreng.  Makan dengan nasi panas, sambal cili kicap dan sedikit ulam timun pun dah sedap.



Sunday, July 20, 2014

Telur Dadar Kacang Botol




3 biji telur
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji cili padi merah
2 tangkai kacang botol
3 sb minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Bawang besar, bawang putih, cili padi dan kacang botol dihiris.



2.  Masukkan telur, bawang besar, bawang putih, cili padi dan garam dalam mangkuk.  Pukulkan sedikit. 

3.  Lepas itu masukkan kacang botol yang dihiris nipis.


4.  Panaskan minyak dan curahkan telur itu ke dalam kuali. Gorengkan di kedua-dua belah telur itu hingga garing.  Angkat.





Friday, July 18, 2014

Tauhu Telur Goreng Sos Tiram



250 gm tauhu telur
4" carrot
100 gm brokolli
1 biji cili merah
1 sb tepung jagung
2 sb air
4 sb minyak
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan untuk sos :
1 sb sos tiram
1-2 titik minyak bijan
1 sb kicap pekat
1/4 cawan air

1.  Tauhu telur dipotong 1" tebal, basuh sekejap dan toskan.  Carrot dipotong halus memanjang. Brokolli dipotong kecil.  Cili merah dihiris.  Tepung jagung dibancuh dengan 2 sb air itu.




2.  Panaskan minyak dan goreng tauhu telur itu hingga garing keseluruhannya.  Masa menggoreng tu pastikan tauhu itu tidak terlalu berair.  Nanti akan meletup-letup.  Tauhu itu nanti akan rangup di luar dan lembut di dalam.  Toskan.

3.  Bekas minyak menggoreng tauhu tadi ditumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan.  



4.  Masuk brokolli, carrot dan campuran bahan sos.  Gaulkan.

5.  Bila sayur dah hampir masak, masukkan bancuhan tepung jagung dan garam.  Bila dah hampir pekat, tutup api dan masukkan tauhu telur yang digoreng tadi.  Gaul rata dan angkat.  Kalau nak basah sikit, tambahkan sedikit lagi air.




Tuesday, July 15, 2014

Buat Pes Tom Yam Sendiri




Bahan kisar :
2 biji bawang besar
4 batang serai 2 biji cili merah
1" lengkuas
4 sb udang kering
sedikit ikan bilis
1 sb belacan bakar
5 helai daun limau purut
3 sb cili kisar

Bahan lain : 1 sb asam jawa + 1/2 cawan air
2 sb minyak untuk menumis
gula perang dan garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.  Ikan bilis tu tak perlu pun tapi aku ikut aje tuan punya resipi yang aku tak ingat dari mana.



2.  Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula.  

3.  Masak lagi sekejap dan simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais.





Peristiwa Ajaib Semasa Peperangan Antara Hamas dan Israel

Terdapat 6 peristiwa ajaib berlaku semasa peperangan antara Hamas dan Israel.  

Peristiwa 1
Seorang ketua mujahid Gaza berkata kepada Ustaz Zaik bahawa ketika satu pertempuran komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.   Dengan berbekal kan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.  Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.  Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.  Setelah habis adengan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan.   Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu?  Allahu Akbar.

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang Hamas berwarna hijau. Siapakah yang berbaju putih itu?  

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota mereka sendiri.  Ia berpatah balik.  Allahu Akbar.

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia.  Dan roket itu mengenai sasaran di Israel.

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.  Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?"  Lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza'.

MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, dimanakah kita?  
Itulah serba-sedikit dari kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.  Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.  Jangan berhenti berdoa ye sahabat.


Saturday, July 12, 2014

Roti Paratha Gulung



2 keping roti paratha
2 biji telur
1/2 biji bawang besar - didadu kecil
1 pokok daun ketumbar - dihiris
2 biji cili padi hijau - dihiris
secubit lada sulah 
garam secukup rasa

1.  Masak roti paratha dalam frying pan hingga garing di kedua-dua belah.  Tak perlu gunakan minyak sebab roti paratha tu dah memang berminyak.  Ketepikan.



2.  Pukul telur bersama cili padi, bawang besar, daun ketumbar, lada sulah dan garam.  

3.  Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan masukkan separuh dari campuran telur tadi.  Ratakan telur dalam frying pan lebih kurang sebesar roti paratha tadi.  



Biarkan seketika tapi pastikan telur dibahagian atas masih lagi cair sedikit dan letakkan sekeping roti paratha tadi di atasnya.  
Masaklah lagi hingga bahagian bawah telur yang didadar tadi masak.  Angkat.



Ulang lagi step yang sama untuk separuh lagi adunan telur dan roti paratha sekeping lagi.  Bila dah agak sejuk, gulungkan dan dipotong-potong.  Tapi kalau tangan tu kebal tahan panas, bolehlah digulung panas-panas.   



Makanlah dengan sambal atau kari. 





Wednesday, July 9, 2014

Surah Ali-Imran, ayat 7

Untuk renungan bersama

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci Al-Quran.  Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).  Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).  Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata : Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


Tuesday, July 8, 2014

Ikan Bilis Goreng Warna-Warni - menu ringkas untuk sahur



1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar 
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum kuning
7 biji fish ball
1 cawan minyak
sedikit serbuk oregano 
                                                                                             
1.  Bawang besar dihiris.  Capsicum dipotong dadu.  Fish ball dibelah 2.

2.  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.  

3.  Keluarkan sedikit bekas minyak menggoreng ikan bilis itu dan tinggalkan sedikit untuk menumis bawang besar dan fish ball.

4.  Bila bawang dah layu, masukkan capsicum.  Masak sekejap aje dan tutup api. 

5.  Akhir sekali masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan digaul rata.  Taburkan dengan serbuk oregano.





Sunday, July 6, 2014

Brengkes Ikan


Brengkes ikan adalah sejenis masakan Palembang.  Dari bahasa Palembang brengkes maksudnya pepes kalau menurut dari daerah lain.  Ikan yang biasa digunakan adalah patin dan lais.  Tapi boleh aje gunakan ikan lain.

Brengkes dari palembang ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas.  Selalunya brengkes Palembang mengandungi tempoyak.  Memasak brengkes ini mempunyai dua cara samada dikukus atau dipanggang.  Inilah hidangan yang tidak menggunakan minyak.



2 ekor ikan mabong
4 helai daun salam
4 batang lidi pencucuk
daun pisang secukupnya

Bahan kisar :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili merah
5 biji cili padi
3 biji buah keras
1 sb ketumbar biji
1" kunyit hidup
1" halia/lengkuas
1 batang serai
2 biji tomato
garam secukup rasa

1.  Ikan dibersihkan.  



2.  Lumurkan ikan itu dengan bahan kisar tadi. 



3.  Letak ikan bersama rempahnya atas daun pisang.  Letakkan bersama 2 helai daun salam setiap bungkusan.  Boleh aje gunakan samada daun salam segar atau yang telah dikeringkan.



4.  Bungkus ikan.  Sematkan dikiri kanan daun pisang itu dengan lidi pencucuk.

5.  Panaskan kukusan dan kukuslah ikan itu hingga masak.  Sekejap aje mengukusnya adalah dalam 10 minit.  Biasalah kalau teknik mengukus ni, masakan itu akan lembab sikit.  Kalau nak lebih kering, bolehlah dipanggang sekejap.




Wednesday, July 2, 2014

Kerepek Lidah Buaya



500 gm tepung gandum
1 st garam
3 sb minyak masak
1/2 cawan air

Bahan untuk pes :
1/4 cawan tepung ubi
3 sb minyak masak

1.  Buat pes terlebih dulu.  Gaulkan adunan pes itu hingga sebati. Ketepikan.



2.  Campurkan tepung, garam dan minyak.  Gunakan kaedah gaul dan ramas dengan hujung jari campuran tepung itu hingga berderai.


3.  Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung itu sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak ada tepung melekat di tangan dan mangkuk adunan.  

4.  Bahagi doh kepada 4 bahagian.


5.  Ambil satu biji doh dan dicanai senipis yang boleh.  Jika doh itu masih melekat, taburkan sedikit tepung.  Lepas itu sapukan pes tadi di serata permukaan doh yang dicanai itu.  


6.  Kemudian gulungkan ia.  Buat yang sama pada doh yang lain.  Lepas itu potong-potongkan gulungan lebih kurang 1/2 inci.  Jika lagi tebal dipotong, kuih itu akan jadi lagi besar dan panjang.


7.  Ambil satu bahagian adunan yang telah dipotong itu lalu dicanai.  Jangan ditekan kuat sangat bagi mendapatkan kelopak yang cantik.  Buat hingga habis.


8.  Panaskan minyak dan gorengkan kuih-kuih itu hingga garing.  Sambil menggoreng itu, digoyang-goyangkan supaya lapisan-lapisan kuih itu terbuka cantik.  Boleh juga digunakan lidi/chopstik/cake tester untuk merenggangkan lapisan-lapisan itu.


9.  Toskan kuih-kuih yang telah digoreng itu dan biarkan ia betul-betul sejuk.  Kemudian barulah ditabur dengan gula halus.  Jika ditabur gula semasa kuih itu masih hangat, kuih itu akan jadi berlengas.






Tuesday, July 1, 2014

Majlis kahwin di Oakleaf Club Bukit Antarabangsa (Lobby)

Kepada Kak Nor sekeluarga saya dan pihak pengurusan mengucapkan terima kasih memilih lokasi kami untuk melangsungkan perkahwinan anak Kak Nor. 

Saya sharekan photo-photo ini di sini ye....