Saturday, November 23, 2013

Biskut Mazola




2 cawan kacang tanah
1 cawan gula halus
4 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan minyak jagung mazola
1 biji kuning telur untuk sapu

1.  Kacang tanah disangai dulu.  Dibuang kulit dan dikisar hingga halus.

2.  Campurkan kacang tanah kisar, gula dan tepung gandum.  Gaul rata.

3.  Akhir sekali masukkan minyak jagung mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sebati sehingga boleh dibentuk.  Boleh juga gunakan minyak masak biasa.

4.  Ambil sedikit adunan tadi dan bulat-bulatkan.  Sapu kuning telur di atasnya.  Jika hendak, boleh aje ditekankan kacang tanah yang dibelah dua di bahagian tengahnya dan sapukan dengan kuning telur.

5.  Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 20 minit.








Thursday, November 14, 2013

Sembahyang Sunat Hari Asyura

Hari Asyura bersamaan 10 Muharram pada tahun ini adalah pada 14/11/2013 bermula dari masuknya waktu Maghrib (14/11/2013) sehingga akhir waktu Asar (15/11/2013).  Pada hari Asyura disunatkan bersembahyang 4 rakaat dengan dua salam.

Sembahyang sunat Asyura boleh dilakukan pada bila-bila masa pada hari Asyura itu (kecuali waktu-waktu yang diharamkan bersembahyang) tetapi sebaik-baiknya pada waktu Maghrib dan Isyak.


1.  Niatnya
.
2.  Bacaan selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali.
Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi
surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
.
3.  Selepas salam membaca 70 kali;
.
4.  Membaca doa Asyura;
  Rasulullah SAW mengamalkan doa di bawah selepas menunaikan solat:

Fadhilat Doa Asyura:

Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada tahun itu
tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik untuk membacanya.
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada 
malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan 
malam Aidiladha.”   (Riwayat Bukhari dan Muslim)

sumber : shafiqolbu.wordpress.com

Hari Asyura Bersamaan 10 Muharram


Umat Islam digalakkan berpuasa pada hari ke-9 Muharram yang disebut Puasa Tasu'a supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10.  Ini berdasarkan hadis sahih, antaranya ialah :

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya) :  "Ketika Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura, baginda turut mengarahkan orangramai supaya turut berpuasa.  Lalu mereka berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.  Lalu Rasulullah s.a.w  bersabda lagi : "Sekiranya di tahun depan jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9.  Ibn Abbas berkata : "Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah s.a.w wafat terlebih dahulu."  (Riwayat Imam Muslim).

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura.  Nabi pun bertanya, "Hari apa ini?".  Jawab mereka : "Hari ini ialah hari yang baik.  Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya".  Sabda Nabi : "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa".  Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura.  (HR Bukhari) 

Dari Aisyah r.a. katanya : "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliyyah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa.  Ketika baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".  (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya : "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari Asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu.  Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu".  (HR Muslim)


Peristiwa Penting Yang Berlaku Pada Hari Asyura

10 Muharram adalah bersamaan dengan hari Asyura.  Ada banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada hari Asyura.

1.  Hari pertama Allah menciptakan alam dan menurunkan hujan.

2.  Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

3.  Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakrawala.

4.  Allah menciptakan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat.

5.  Allah menciptakan Nabi Adam as.

6.  Allah menjadikan Siti Hawa.

7.  Allah menjadikan syurga.

8.  Allah memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga.

9.  Taubat Nabi Adam diterima Allah.

10.  Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama 6 bulan.

11.  Nabi Ibrahim dilahirkan dan pada 10 Muharram juga baginda telah diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Zamrud.

12.  Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

13.  Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

14.  Penglihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

15.  Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

16.  Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam.

17.  Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun dan Firaun serta pengikutnya telah tenggelam ke dalam lautan tersebut.

18.  Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


sumber : tazkirahjumaat.blogspot.com


Wednesday, November 13, 2013

Bawal Putih Masak Asam Rebus



1-2 ekor ikan bawal putih
2 batang serai
4 helai daun limau purut
1 sb asam jawa
3 cawan air
garam secukup rasa

Bahan kisar :
10 gm cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

1.  Serai dititik.  Asam jawa dibancuh dengan sedikit air.  


2.  Masuk bahan kisar, serai, air asam jawa dan lebihan air ke dalam periuk.  Masak.

3.  Bila kuah dah hampir mendidih, masuk ikan, daun limau purut dan garam.  Biar mendidih dan ikan masak.  Tutup api.



Tuesday, November 12, 2013

Oats Bar




2 1/2 cawan rolled oats
1/2 cawan kuaci hijau
1/4 cawan kismis
1/4 cawan apricot kering
5 sb golden syrup/madu
1 cawan butter
1/2 cawan gula perang

1.  Gaulkan rolled oats, kuaci, kismis dan apricot kering hingga rata.  Ketepikan.  Selain apricot kering boleh digunakan kurma atau prunes atau bahan lain yang disukai.



2.  Masukkan butter dan gula perang ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga planta cair dan gula itu berbuih.  Masukkan pula golden syrup/madu.  Masak sekejap tapi berhati-hati jangan sampai hangit.



3.  Kemudian masukkan campuran oats tadi.  Gaulkan hingga sebati dan tuangkan ke dalam tray yang telah dialas dengan baking paper.  Padatkan dengan belakang sudu.  Ambil 1 sb golden syrup/madu dan taburkan di permukaan oats bar itu.







4.  Bakar oats bar itu pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga ia perang.  Lepas masak, potongkan empat persegi semasa masih panas lagi.  






Monday, November 11, 2013

Bubur Kacang Merah



1 cawan kacang merah
3 cawan santan
1/4 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 sb sagu mata ikan
1 helai daun pandan
sedikit garam

1.  Rendam kacang merah sehingga kembang. Ini akan mengambil masa lebih kurang 6 jam.  Toskan.


2.  Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan hingga gula larut.  Tapiskan dan masukkan kembali ke dalam periuk.


3.  Masukkan pula kacang merah dan garam.  Masak lagi hingga mendidih.

Bubur yang berlebihan, masuk dalam peti sejuk dan sedap dimakan sejuk.

Air Daun Sadri


secekak daun sadri
1 cawan air

Rendam daun sadri sekejap dengan air garam dan cuci bersih-bersih segala pasir-pasir yang melekat.   Potong-potongkan dan masukkan dalam periuk bersama 1 cawan air. 


Rebus hingga mendidih dalam 5 minit.  Tutup api dan tapis.  

Aku minum air ni seminggu sekali aje.  Walaupun rasanya taklah berapa sedap tapi ia dikatakan baik untuk membersihkan buah pinggang. Wallahualam.

Sunday, November 3, 2013

Biskut Telur Rebus



3 biji telur rebus  
1 cawan planta
1/3 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2  cawan tepung kastad
1 st baking powder
1 st esen vanila
1 biji kuning telur - untuk sapu
1/4  cawan badam hiris

1.  Telur rebus diambil kuningnya sahaja dan dihancurkan. Ketepikan.


2.  Planta dipukul dengan gula castor hingga kembang.


3.  Masukkan esen vanila dan gaul rata.  Masukkan pula kuning telur rebus dan gaul hingga sebati.

4.  Ayakkan bersama tepung gandum, tepung jagung, tepung kastad dan baking powder dan masukkan ke dalam adunan planta tadi.  Gaul rata dan uli hingga sebati.


5.  Canai doh dan terap dengan acuan dan susunkan di atas dulang pembakar.  Sebelum dibakar, sapukan biskut dengan kuning telur dan hias dengan badam hiris.



Ketupat Palas




Arwah emak aku dulu suka buat ketupat palas ni masa raya atau masa abang-abang aku balik bercuti.  

Pokok daun palas pula banyak tumbuh liar di kawasan tanaman pokok buah-buahan kami.

Yang aku buat ini ikut stail arwah emak aku yang digaulkan beras pulut itu dengan sedikit kelapa parut.  Jadi ia sedap dimakan begitu sahaja, memadai dengan rasa lemak dari kelapa parut itu.




2 cawan beras pulut
1/4 cawan kacang mata hitam
1 biji kelapa parut (putihnya)
garam secukup rasa
1 pelepah daun palas

1.  Beras pulut direndam semalaman dan kacang mata hitam juga direndam dalam 4 jam.  Toskan.

2.  Kelapa parut diasingkan dalam 1/2 cawan dan yang selebihnya diperah untuk diambil santan.




3.  Beras pulut itu digaulkan dengan kelapa parut, kacang mata hitam dan garam.  

4.  Daun palas dibukakan lipatannya dan dilap bagi menghilangkan habuk-habuk pada daun itu.  



5.  Lipatkan dihujung daun lepat menjadi seperti kon.  Masukkan campuran beras pulut itu ke dalamnya dan lipatkan ia menjadi 3segi kemas-kemas.  Selitkan hujung daun palas itu pada lipatan yang terakhir.  Kemudian simpulkan.  



6.  Masukkan ketupat palas yang telah siap itu ke dalam periuk dan masukkan santan sehingga menutupi ketupat palas itu.  Santan itu boleh ditambahkan air lagi berserta garam.  Tutup periuk dan rebus sehingga ada wap keluar dari tepi-tepi tudung periuk menandakan ketupat palas itu sudah masak.  Toskan.



Ketupat palas ini sedap dimakan begitu sahaja dengan rasa lemaknya atau boleh juga dicicah dengan rendang atau sambal.