Thursday, April 4, 2013

Talam Keladi Berlauk




Bahan A :
1 cawan tepung beras
2 cawan air

Bahan B :
1/2 biji keladi - didadu kecil
1 cawan air
10 ulas bawang merah - dihiris dan dibuat bawang goreng
3/4 cawan udang kering - sangai dan dikisar
1 st lada sulah
1 tangkai daun bawang - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 sb minyak masak
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1 sb jintan manis
1 st jintan halus
1 st ketumbar biji

1.  Rebus keladi yang didadu tadi dengan air sehingga empuk. Toskan.

2.  Panaskan minyak dan digoreng bawang hiris tadi hingga kuning. Toskan. 

3.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan rempah yang ditumbuk tadi sekejap.  Kemudian masukkan keladi yang direbus tadi.  Masukkan lada sulah dan  garam.  Masak hingga sebati.

4.  Sediakan pula Bahan A :  Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kemudian baru dimasukkan kesemua air tadi dan diadun sehingga menjadi beter.  

Sekiranya dicampurkan terus tepung dan kesemua air, kuih itu akan berair di permukaan setelah dikukus.  Kaedah ini juga yang aku gunakan untuk membuat kuih yang dikukus supaya kuih itu tidak berair di permukaan.  Tak tahu lah pulak aku kalau hasil tangan orang lain.

4.  Masukkan campuran keladi tadi ke dalam Bahan A.  Masukkan juga 1/2 dari udang kering tadi dan sedikit bawang goreng. Gaul rata.  Tuang dalam loyang dan kukus selama 40 minit.



5.  Semasa kuih  hampir masak, taburkan lebihan udang kering, daun bawang, bawang goreng dan cili merah.  Kukus lagi hingga masak.



6.  Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sos cili.





No comments:

Post a Comment