Friday, April 30, 2021

Chicken Pop Corn




Bahan A :
300 gm isi ayam
1 st serbuk bawang putih
1 sb serbuk lada hitam
sedikit garam 

Isi ayam dipotong kecil dan digaul dengan serbuk bawang putih, serbuk lada hitam dan garam.  Perapkan sekejap dalam 10 minit.

Bahan B :
2 biji telur
sedikit garam
1 st serbuk lada sulah

Telur dipukul sedikit dengan garam dan serbuk lada sulah.

Bahan C 
1 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk ketumbar
1 st serbuk paprika
3 sb bijan
secubit garam

Gaul rata semua bahan.

Cara membuat:
1.  Celup ayam dalam telur.  
2.  Gaul dalam Bahan C hingga bersalut seluruh ayam.
3.  Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam hingga garing.  Toskan.

Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos pilihan.







Wednesday, February 17, 2021

Biskut Cendawan



370 gm planta
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 st esen vanila
1 cawan badam kisar
2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
150 gm coklat masakan 
manik hiasan secukupnya

1.  Pukul planta dan gula halus sekejap aje.  Jangan dipukul hingga kembang.  

2.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Pukul lagi perlahan-lahan hingga bersatu semuanya.

3.  Akhir sekali masukkan badam kisar, tepung jagung dan tepung gandum.  Gaul sambil diuli hingga menjadi doh.

4.  Canai doh dan terap dengan acuan cendawan.  Bakar biskut dengan suhu 160C selama 20 minit.  Sejukkan biskut.

5.  Masak air hingga mendidih dalam periuk sederhana besar.  Tutup api.  Masukkan coklat dalam mangkuk tahan panas dan letak atas periuk berisi air mendidih tadi.  Pastikan mangkuk itu lebih besar dari mangkuk berisi air panas tadi.  

Bila coklat dah mula mencair, kacaukan sehingga betul-betul cair dan berkilat.  Colek coklat itu dengan mata pisau dan sapu atas biskut.  Hias ikut suka.





Monday, February 15, 2021

Roti Bakau Tepek Kentang & Bijan



4 keping roti
3 biji kentang
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1/2 biji bawang besar - didadu kecil
2 biji cili padi - dihiris
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk kari
sedikit planta
3 sb bijan
garam secukup rasa

1.  Kentang direbus dan dilecek.
2.  Campurkan kentang rebus dengan daun ketumbar, bawang besar, cili padi, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam.  Gaul rata.
3.  Roti dipotong tiga segi.  Sapukan nipis planta di atasnya.
4.  Letakkan isi kentang tadi atas roti dan ratakan.
5.  Taburkan bijan diatas inti kentang itu.  Tekankan sedikit.
6.  Panaskan non-stick pan tanpa planta.  Bakar roti dikedua-dua belah hingga sedikit kekuningan.  




Makan semasa panas.