Wednesday, January 2, 2019

Apam Cornetto




4 biji telur
1 sb ovalette
3/4 cawan gula halus
1st esen vanila
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan aiskrim soda
3 jenis pewarna ikut suka
1/4 cawan badam atau gajus cincang - disangai 
200 gm coklat masakan
kertas bungkus makanan

1.  Setiap helai kertas bungkus makanan dipotong dua memanjang.  Lepas itu setiap bahagian dipotong 3.  Kemudian dijadikan bentuk kon.  Pastikan bahagian bawahnya rapat supaya adunan tidak meleleh keluar.  



Staplerkan dibahagian tepinya supaya tidak terbuka apabila mengukus.  Potongkan lebihan atas kon itu supaya tidak terlalu tinggi dan menghalang semasa menutup periuk kukus.



2.  Pukul telur, ovalette, gula halus dan esen vanila hingga kembang.

3.  Masuk tepung gandum berselang-seli dengan aiskrim soda hingga habis.

4.  Bahagi adunan kepada 3 bahagian.  Setiap bahagian diwarnakan.



5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag.  Masa ini didihkan air dalam pengukus.



6.  Paipkan adunan ke dalam kon itu berselang-selang.  Adunan itu tidak terlalu penuh sebab ia akan naik apabila masak.  Kemudian kukuskan dalam 20 minit.  Jangan kukus terlalu lama nanti permukaannya akan merekah. 



Peringatan :  Periuk kukus selalunya ada 3 tingkat.  Yang paling bawah adalah untuk letak air.  Tingkat yang tengah dan paling atas berlubang-lubang.  

Kon-kon itu nanti letakkan di lapisan periuk yang paling atas sekali.  Lapisan tengah dibiar kosong.  Letakkan kon-kon berisi adunan itu berselang lubang supaya tidak menghalang wap air pengukus naik ke atas.

7.  Bila dan masak, sejukkan apam itu.  Cairkan coklat masakan di atas api menggunakan kaedah double boiler.  

8.  Kemudian masukkan sedikit coklat cair itu dipermukaan apam.  Tabur badam/gajus cincang.  Biarkan coklat keras dan bolehlah dihidangkan.







Monday, December 31, 2018

Salad Kobis Unggu




100 gm kobis unggu
1 biji epal hijau
1 biji timun
1 biji tomato
2 sb minyak zaitun
2 sb kuaci hijau
1 biji lemon - ambil jus
gula dan garam secukup rasa

1.  Kobis unggu dihiris atau disagat nipis.  Kobis jenis ini agak keras dari kobis biasa.  Rasanya lebih rangup sebab itu dihiris nipis.  

2.  Epal didadu sederhana besar.  Timun dihiris serong-serong dan tebal.  Tomato dipotong 8.






3.  Campurkan semua bahan dan gaul rata.  Simpan dalam peti ais sekejap bagi sejuk sekejap.  Kemudian bolehlah dihidangkan.




Saturday, December 29, 2018

Bendi Kukus & Sambal Udang Kering



7 biji bendi
4 biji cili merah
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb udang kering
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Letak bendi dalam penapis besi.  Letak ia atas periuk berisi air dan tutup.  Kukus bendi itu hingga empuk.  Ketepikan.


2.  Cili merah, bawang merah, bawang putih dan udang kering ditumbuk.  Jangan terlalu halus.


3. Panaskan minyak.  Tumis bahan tumbuk hingga pecah garing sedikit.  Masuk garam dan masak lagi sekejap.  Tutup api.

4.  Bendi yang telah dikukus tadi dibuang tampuknya dan susun dalam pinggan.  Tuangkan sambal yang digoreng tadi ke atas bendi itu.