Friday, March 18, 2016
Masak Lemak Telur Rebus
3 biji telur
10 biji cili padi
3" kunyit hidup
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 biji kelapa
1 biji kentang
garam secukup rasa
1. Telur direbus dan dikupas kulitnya. Telur itu boleh juga digoreng dulu jika mahu. Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.
2. Cili padi, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih dikisar atau ditumbuk. Serai diketuk. Kentang dipotong 4 atau 6.
3. Masukkan bahang tumbuk bersama serai, kentang dan santan cair ke dalam periuk. Masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
4. Kemudian masukkan santan pekat bersama telur, daun kunyit dan garam. Masak lagi hingga mendidih. Kuah semestinya pekat. Oleh itu kena dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
Labels:
Kentang/Ubi,
Masak Lemak,
Telur
Saturday, March 12, 2016
Kek Kukus Pandan
4 biji telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1 st baking powder
1 st ovalette
2 cawan tepung
1/3 cawan air pandan
pewarna hijau secukupnya
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
2. Masuk susu pekat dan minyak. Pukul lagi hingga sebati.
3. Lepas itu masuk tepung yang telah diayak dengan baking powder. Gaul hingga sebati dan masukkan air pandan. Gaul lagi hingga sebati.
5. Kemudian bahagi adunan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna hijau mengikut kepekatan warna yang diperlukan. Kalau tak nak bahagi 3 bahagian pun boleh, gaulkan aje pewarna hijau hingga sekata.
6. Kukus kek selapis demi selapis dengan setiap lapisan dikukus lebih kurang 15 minit. Lapisan yang akhir dikukus dalam 20 minit atau hingga kek masak.
Labels:
Kek
Thursday, March 10, 2016
Ayam Kam Heong
1/2 ekor ayam
2 sb tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 helai daun limau purut
3 tangkai cili kering - dipotong-potong
2 sb sos tiram
3 sb cili kisar
3 sb gula
garam secukupnya
Bahan kisar :
4 batang serai
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2" halia
1. Ayam dipotong kecil. Ayam dilumur dengan garam dan tepung jagung. Goreng ayam itu hingga garing dan toskan.
2. Dengan menggunakan bekas minyak menggoreng ayam itu, tumiskan bahan kisar hingga garing.
3. Masuk pula cili kisar dan tumis lagi hingga cili masak. Lepas itu masukkan sos tiram dan gula. Tumis lagi hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan daun limau purut, daun kari dan cili kering. Tumis sekejap dan akhir sekali masukkan ayam goreng tadi. Masak hingga kering.
Labels:
Ayam
Subscribe to:
Posts (Atom)






