Monday, February 29, 2016

Custard Tea Cake menggunakan Vanila Custard keluaran Mom Royale




125 gm planta
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
1/4 cawan tepung kastad
3/4 cawan tepung naik sendiri






Bahan untuk Kastad dan cara penyediaannya:
3 sb vanila custard Mom Royale
1 cawan dairy cream/susu cair
2 sb gula pasir

Campurkan semua bahan ini dan dimasak dengan api perlahan sehingga pekat.  Sejukkan sebentar.




Cara menyediakan kek :
1.  Pukul gula dan planta hingga kembang.

2.  Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.

3.  Masukkan pula kedua-dua jenis tepung yang telah diayak bersama.  Gaul rata dan adunan dibahagi kepada 2 bahagian.

4.  Griskan acuan bersaiz 7" dengan planta dan tabur sedikit tepung. Masukkan satu bahagian adunan kek tadi dan ratakan.  Lepas itu lapiskan adunan vanila custard perlahan-lahan supaya ia tidak tenggelam di tengah adunan kek.  Ratakan vanila custard itu. Adalah lebih baik gunakan piping.  

Kemudian lapiskan satu lagi bahagian adunan kek tadi di atasnya perlahan-lahan.  Ratakan.

 5.  Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.











Kuih Kayu Keramat / Roti Keramat

Ini adalah kuih tradisional Terengganu.   
Sedap dan lembut gebus kuih ni walaupun dah sejuk. 





3 cawan tepung gandum
1/2 st soda bikarbonat
1 sb planta

1 st yeast
1 cawan air suam
2 sb gula pasir

1.  Tepung gandum dan soda bikarbonat diayak bersama.

2.  Satukan gula pasir, yeast dan air suam.  Kacau sedikit dan biarkan ia kembang.

3.  Gaulkan tepung tadi dengan planta.

4.  Masukkan bancuhan yeast tadi dan uli hingga jadi doh  
     yang lembut.











5.  Biar adunan naik 2x ganda.  Kemudian tumbukkan  
dibahagian tengah.  Biar seketika.



6.  Ambil sedikit adunan dan bentukkan lonjong. Bila nak digoreng, tarik sedikit di kedua-dua bahagian hujungnya.




7.  Gorengkan dalam minyak yang banyak.

8.  Boleh dicicah dengan sambal sardin, kuah kari atau apa saja mengikut selera masing-masing.


Kuih ini boleh digoreng separuh masak dan disimpan dalam fridge.  Bila nak makan, barulah digoreng lagi.



Saturday, February 27, 2016

Tauhu Masak Sambal Daun Kesom




3 keping tauhu
10 gm daun kesom
1/4 cawan minyak masak
garam

Bahan kisar :
10 biji cili merah
1 sb udang kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2" kunyit hidup
1" halia
1" lengkuas

1.  Tauhu dipotong 3 dan digoreng hingga garing.  Toskan.

2.  Dengan menggunakan minyak menggoreng tauhu tadi, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.

3.  Masukkan daun kesom dan garam.  Daun kesom tu boleh dihiris ataupun dimasukkan begitu sahaja.  Buangkan batang yang terlalu keras, ambil daun dan batang yang lembut sahaja.

4.  Akhir sekali, masukkan tauhu.  Gaulkan hingga rata dan tutup api.