Wednesday, July 18, 2012

Devil Chicken Curry - Portuguese Style





1/2 ekor ayam
3 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai cili merah - hiris memanjang
2 biji kentang - potong 4
2 biji tomato - potong 4
2 biji bawang besar - potong 4
1cawan air
1 sb cuka
1 st kicap pekat
1 sb biji sawi
garam dan minyak

  • Bahan kisar :
  • 10 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" kunyit hidup
  • 1/2" lengkuas 
  • 1" halia
  • 5 biji buah keras

1.  Gaul ayam dengan garam dan ketepikan.
2.  Panaskan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris tadi.



3.  Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau. 



4.  Masukkan biji sawi dan masak lagi lebihkurang 3 minit.



5.  Masuk ayam, air dan kentang.


6.  Bila ayam dan kentang hampir masak, masukkan tomato, bawang besar, cuka, kicap pekat, garam dan cili merah.  




Sunday, July 15, 2012

Buah Kiwi Hijau dan Kiwi Emas



Masa pergi ke tesco aku terpandang ada 2 jenis buah kiwi.  
Selama ni main capai aje.  Tadi baru terperasan bila terlihat 
senarai harganya berbeza.


Aku pun mulalah google dan dapatlah info yang baik dari sini.


Ada Kiwi hijau dan Kiwi emas.    Dah tentulah yang emas tu lagi mahal.  Ada jugak buah kiwi organik.


"Perbezaan utama adalah dari segi rasa.  Buah Kiwi Hijau lebih masam dan kelat.  
Buah Kiwi Emas pula lebih manis dan warnanya keemasan, mempunyai bentuk mahkota di atasnya.

Buah kiwi adalah sumber yang baik untuk serat makanan, vitamin C, potasium, asid folik, vitamin E, karotenoid dan antioksidan-antioksidan yang lain.  Ia mempunyai kandungan indeks glikaemik dan lemak yang rendah.  Ia sesuai dimakan setiap hari.


Buah Kiwi diketahui sebagai serat boleh hadam.  Ia penting sekali untuk kesihatan saluran penghadaman.  Khasiat buah kiwi telah diperakui secara meluas sebagai membantu pencernaan.


Buah Kiwi juga adalah sebagai sumber antioksidan darah 
yang mempunyai kaitan dengan masalah jantung.


Buah Kiwi juga didapati dapat membekalkan 2 kali ganda kandungan vitamin C berbanding buah oren."




Tapi kalau ikutkan tekak aku ni, aku rasa kiwi hijau lebih 
menepati citarasa aku.




Friday, July 13, 2012

Biskut Alamanda


sumber : dari  sini


Bahan A
250 gm mentega
80 gm shortening
80 gm gula castor
2 st serbuk koko

Bahan B
350 gm tepung gandum
1/4 st baking powder
40 gm tepung jagung
40 gm tepung kentang
2 sb susu tepung

Bahan C
100 gm koko crunch - kisar halus
40 gm kacang tanah - panggang & kisar
100 gm coklat rice

Bahan untuk hiasan
1 biji kuning telur
hirisan badam / badam cincang

1.  Pukul A hingga berkrim.
2.  Masuk B dan C.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Biar doh dalam 15 minit.
4.  Canai doh dan terap ikut suka.
5.  Sapukan biskut dengan kuning telur dan dihias dengan hirisan badam ataupun badam cincang.