Saturday, June 5, 2021

Jumbo Shells Pasta Salad





Bahan A :
30 biji jumbo pasta shells
6" timun jepun
1 biji tomato panjang
1/2 biji italian bell-pepper (kuning)
1/2 biji italian bell-pepper (merah)
1/2 biji bawang besar
10 batang isi ketam
3 biji cili padi 
1 sb lemon juice
garam secukup rasa

Bahan B :
2 sb mayonis
1 sb minyak zaitun
1 sb serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano

Bahan C :
5 keping beef pepperoni
1 pokok daun ketumbar - dihiris
1 sb serbuk parmesan cheese

1.  Jumbo pasta shells direbus dengan garam hingga lembut tapi kenyal (al-dente).  Toskan dalam keadaan shells itu terbalik supaya tiada air bertakung di dalamnya.

2.  Bell-pepper dibuang biji dan dimasak dalam kuali tanpa minyak hingga berkaramel sedikit.  Isi ketam direbus sekejap dan toskan.

3.  Timun jepun dan tomato panjang dibuang empulurnya dan didadu kecil.  Bell-pepper yang dipanggang tadi juga didadu kecil.  Bawang besar juga didadu kecil.  Isi ketam dipotong kecil.  Cili padi dihiris.

4.  Beef pepperoni dimasak tanpa minyak dalam non-stick frying pan.  Masak hingga garing lalu dipotong kecil.

5.  Satukan Bahan A.  Gaul perlahan-lahan.

6.  Satukan Bahan B.  Gaul sikit asal sebati dan tuang dalam Bahan A Gaul lagi perlahan-lahan sampai rata.  

7.  Kemudian sudukan bahan itu ke dalam jumbo pasta shells.  Tabur di atasnya dengan serbuk parmesan cheese, beef pepperoni dan daun ketumbar.  Sejukkan sekejap dalam peti ais dan boleh dihidangkan.














Wednesday, June 2, 2021

Aglio Olio Pedas



400 gm spaghetti
1/2 biji sweet italian bellpepper - merah
1/2 biji sweet italian bellpepper - kuning
5 batang isi ketam
6 keping beef pepperoni
1 pokok daun ketumbar - dihiris
5 biji cili padi - dihiris
sedikit oregano
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sb serbuk lada hitam
sedikit cili flakes
minyak (zaitun) untuk menumis 

1.  Didihkan air dalam periuk dan rebus spaghetti hingga lembut tapi kenyal (al-dente).  Angkat spaghetti dan masukkan dalam air sejuk sekejap.  Toskan.  Bellpepper dipotong kecil.

2.  Panaskan kuali.  Letakkan pepperoni dan masak hingga garing tanpa minyak.  Angkat dan potong kecil-kecil.  Ketepikan. 

3.  Dalam kuali yang sama tadi dimasukkan 1/4 cawan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan serbuk lada hitam hingga kekuningan.

4.  Lepas itu masuk bellpepper dan isi ketam.  Masak lagi hingga capsicum nampak sedikit layu.

5.  Kemudian masukkan spaghetti bersama garam.  Gaul rata, tutup api dan taburkan oregano, cili flakes, cili padi, pepperoni dan daun ketumbar.  Boleh tambah serbuk lada hitam jika suka.

 




Tuesday, June 1, 2021

Mee Kicap Ipoh (dengan udang)



250 gm mee kuning
50 gm tauge
4 pokok sawi
1 pokok daun bawang
5 biji cili padi (jika nak pedas)
6 ekor udang
2-3 titik minyak masak
sedikit garam dan serbuk lada hitam

1.  Mee kuning dan sawi dicelur.  Toskan.
2.  Tauge disiram dengan air mendidih supaya tidak terlalu lembik.
3.  Daun bawang dan cili padi dihiris.
4.  Udang dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam.  Panaskan pan dan masuk udang.  Titikkan sedikit minyak masak dan masak hingga udang kemerahan.



Bahan untuk sos kicap :
3 sb minyak masak
2 ulas bawang putih
1 " halia
1 cawan air
3 sb kicap lemak manis
2 sb sos tiram
1 st kicap pekat

1.  Panaskan minyak dan goreng bawang putih hiris hingga kekuningan.  Asingkan.

2.  Bekas minyak itu digorengkan halia hingga naik bau.  Masuk air, kicap lemak manis, sos tiram dan kicap pekat.  Kacau-kacaukan.

3.  Masuk serbuk lada sulah, perasa ayam Maggi, garam dan gula.  Masak hingga sedikit pekat.  Tutup api.



Bahan untuk sup :
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cawan air
1 keping fish cake
5 biji fish ball
1 st perasa ayam Maggi
1 sb minyak masak
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng

1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

2.  Masuk air, perasa ayam Maggi, fish cake, fish ball dan garam.  Masak hingga mendidih.



Cara menghidang :
1.  Masukkan sedikit mee dalam mangkuk.  
2.  Tuang 2-3 sb sos kicap dalam mee dan gaul rata.  Cara ini mee tidak akan terlalu gelap.
3.  Letak tauge, sawi, udang, daun bawang, cili padi dan bawang goreng.
4.  Makan dengan sup tadi.



Satu lagi cara sediakan mee kicap itu jika hendak mee kicap berwarna gelap adalah semasa sos kicap itu masih panas dalam kuali, masukkan mee kuning.  Tutup api dan gaul rata hingga sos kicap itu meresap ke dalam mee.