Friday, May 28, 2021

Jumbo Shells Pasta Bersama Isi Ayam & Sup Tomato



20 biji jumbo shells pasta
2 biji tomato
1 biji capsicum
425gm sup tomato KIMBALLS
1 cawan mozarella cheese
300 gm isi ayam
1 pokok daun ketumbar
1 sb minyak 
sedikit serbuk oregano
sedikit garam 
serbuk lada hitam

1.  Jumbo shells pasta direbus hingga lembut tapi kenyal (al-dente).  Toskan.
2.  Ayam dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam.  Panaskan minyak dan masak ayam hingga kekuningan.  Lepas itu carikkan isi ayam itu.
3.  Tomato dan capsicum didadu kecil.  Campurkan dengan isi ayam tadi.  Gaulkan dengan sedikit oregano dan sup tomato.  
4.  Tuangkan sedikit sup tomato ke dalam bekas tahan panas.
5.  Masukkan campuran isi ayam tadi ke dalam jumbo shells pasta tadi.  Tabur mozrella cheese diatasnya.
6.   Kemudian susunkan pasta shells yang telah diisi dengan isi ayam ke dalam bekas itu.  Siramkan lagi sup tomato di atasnya.  Tabur diatasnya dengan sedikit serbuk lada hitam, oregano dan daun ketumbar.
7.  Ulang lagi lapisan kedua hingga habis.  Dipermukaannya siramkan lagi sup tomato.  Taburkan serbuk lada hitam, oregano, mozarella dan daun ketumbar.  Sup tomato itu boleh disiram banyak atau sedikit.








Tuesday, May 25, 2021

Laksa Sarawak guna pes laksa sarawak Hj Manan



Kali ni kita guna pes laksa sarawak Hj. Manan.  Sungguh tak mengecewakan pes ini.  Bau herbanya lembut sahaja.  Tidaklah macam bau ubat akar kayu.


Bahan A :
1 bungkus bee hoon Faiza - celur dan toskan
400 gm pes laksa Hj Manan
150 ml santan Kara
1500 ml air 
500 ml air rebusan ayam/tulang
20 biji fish ball
6 keping fish cake
garam secukup rasa

1.  Masukkan pes laksa, air, air rebusan ayam/tulang dan santan dalam periuk.  Masakkan.
2.  Bila hampir mendidih, masuk fish ball, fish cake dan garam.
Masak hingga mendidih lagi.

Bahan B :
20 ekor udang
1 sb minyak masak
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Udang dikupas kulit, dibelah belakang dan dibuang perutnya.  Lumurkan udang dengan serbuk lada hitam dan garam.  Panaskan minyak dan masak udang hingga bertukar warna oren keemasan.

Bahan C :
3 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam

Pecahkan telur.  Campurkan sedikit garam dan serbuk lada sulah.  Kocak-kocakkan sedikit.  Panaskan kuali tanpa minyak.  Pastikan kuali betul-betul panas dan masukkan sedikit telur itu sambil ditebar nipis merata dalam kuali.  Bila telah masak dipermukaannya, angkat.  Pastikan bahagian bawah telur itu tidak hitam.  Gulungkan telur itu dan dihiris nipis.

Bahan D :
10 biji cili merah
1 sb belacan bakar
sedikit garam
sedikit gula
4 biji limau kasturi

Cili merah dan belacan digoreng tanpa minyak hingga cili nampak layu.  Kemudian dikisar tapi jangan terlalu halus.  Masukkan garam, gula dan perahkan jus limau.  Gaul rata.

Bahan E :
10 biji cili padi - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 tangkai daun sup - tak letak
200 gm tauge - tak letak
bawang goreng secukupnya




1.  Masuk beehoon dalam pinggan bersama tauge (jika ada).  
2.  Tuang kuah laksa. 
3.  Letak udang, telur, bawang hiris, bawang goreng, cili padi dan sambal belacan.  
Taburkan daun sup jika ada. 


Friday, May 21, 2021

Sambal Fucuk Tahu Aleeya Zailan


Baru aku tahu wujudnya masakan ni kat Melaka.  Ini pun dapat tahu dari dak leeya, founder Avenys tu.
Memang sedap wei sambal ni.  Makan dengan ketupat ke, nasi ke...


100 gm fucuk tahu
10 ekor udang
1 cawan santan
2 cawan cili kisar
1 cawan air asam jawa
2 sb gula melaka
1 cawan minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris - aku tambah
garam secukup rasa

Bahan kisar :
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 sb belacan

1.  Udang dibersihkan dan dibuang perut.  Fucuk tahu direndam hingga kembang.  Fucuk tahu ni ada 2 jenis.  Boleh saja digunakan mana yang disukai.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga bawang nampak kekuningan.

3.  Lepas itu masukkan cili kisar.  Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.  Tambah minyak jika perlu.  Kemudian masuk santan dan air asam jawa.  Warna sambal akan menjadi oren sedikit.  Biar ia mendidih sedikit.  Jika terlalu pekat, boleh tambah air.

4.  Akhir sekali masuk udang, fucuk tahu, bawang besar hiris, garam dan gula melaka.  Masak lagi hingga mendidih.  Masakan ini agak berkuah sedikit tetapi pekat.