Friday, May 21, 2021

Sambal Fucuk Tahu Aleeya Zailan


Baru aku tahu wujudnya masakan ni kat Melaka.  Ini pun dapat tahu dari dak leeya, founder Avenys tu.
Memang sedap wei sambal ni.  Makan dengan ketupat ke, nasi ke...


100 gm fucuk tahu
10 ekor udang
1 cawan santan
2 cawan cili kisar
1 cawan air asam jawa
2 sb gula melaka
1 cawan minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris - aku tambah
garam secukup rasa

Bahan kisar :
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 sb belacan

1.  Udang dibersihkan dan dibuang perut.  Fucuk tahu direndam hingga kembang.  Fucuk tahu ni ada 2 jenis.  Boleh saja digunakan mana yang disukai.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga bawang nampak kekuningan.

3.  Lepas itu masukkan cili kisar.  Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.  Tambah minyak jika perlu.  Kemudian masuk santan dan air asam jawa.  Warna sambal akan menjadi oren sedikit.  Biar ia mendidih sedikit.  Jika terlalu pekat, boleh tambah air.

4.  Akhir sekali masuk udang, fucuk tahu, bawang besar hiris, garam dan gula melaka.  Masak lagi hingga mendidih.  Masakan ini agak berkuah sedikit tetapi pekat.







Friday, April 30, 2021

Chicken Pop Corn




Bahan A :
300 gm isi ayam
1 st serbuk bawang putih
1 sb serbuk lada hitam
sedikit garam 

Isi ayam dipotong kecil dan digaul dengan serbuk bawang putih, serbuk lada hitam dan garam.  Perapkan sekejap dalam 10 minit.

Bahan B :
2 biji telur
sedikit garam
1 st serbuk lada sulah

Telur dipukul sedikit dengan garam dan serbuk lada sulah.

Bahan C 
1 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk ketumbar
1 st serbuk paprika
3 sb bijan
secubit garam

Gaul rata semua bahan.

Cara membuat:
1.  Celup ayam dalam telur.  
2.  Gaul dalam Bahan C hingga bersalut seluruh ayam.
3.  Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam hingga garing.  Toskan.

Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos pilihan.







Wednesday, February 17, 2021

Biskut Cendawan



370 gm planta
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 st esen vanila
1 cawan badam kisar
2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
150 gm coklat masakan 
manik hiasan secukupnya

1.  Pukul planta dan gula halus sekejap aje.  Jangan dipukul hingga kembang.  

2.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Pukul lagi perlahan-lahan hingga bersatu semuanya.

3.  Akhir sekali masukkan badam kisar, tepung jagung dan tepung gandum.  Gaul sambil diuli hingga menjadi doh.

4.  Canai doh dan terap dengan acuan cendawan.  Bakar biskut dengan suhu 160C selama 20 minit.  Sejukkan biskut.

5.  Masak air hingga mendidih dalam periuk sederhana besar.  Tutup api.  Masukkan coklat dalam mangkuk tahan panas dan letak atas periuk berisi air mendidih tadi.  Pastikan mangkuk itu lebih besar dari mangkuk berisi air panas tadi.  

Bila coklat dah mula mencair, kacaukan sehingga betul-betul cair dan berkilat.  Colek coklat itu dengan mata pisau dan sapu atas biskut.  Hias ikut suka.