Monday, November 2, 2020

Pencuk Nenas


1 biji nenas
200 gm cili merah
2 sb belacan bakar
garam dan gula secukup rasa

1.  Nenas dikupas, dibuang bahagian tengahnya dan dicincang.  Teknik mencincang tu kena pandai.  Kalau tak pandai, boleh aje dihiris dan dipotong kecil.

2.  Cili merah dan belacan digoreng sekejap tanpa minyak atau hingga cili layu.  Kalau nak skip kaedah ni pun boleh tapi aku ni dah terbiasa kalau masakan tak perlu masak macam ni memang cili tu digoreng dulu.  Kemudian dikisar kasar.

3.  Campurkan cili kisar dalam nenas bersama gula dan garam.  Gaul rata dan boleh dihidangkan.








Udang Sanggul

 


10 ekor udang harimau
2 bungkus maggi
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Maggi dicelur sekejap.  Jangan terlalu lembut supaya tidak putus-putus.  Toskan dan gaulkan dengan 1 sb minyak dan sedikit garam.  

2.  Udang dibersihkan dan dibuang kulit tapi tinggalkan bahagian ekor sahaja.  Belah belakang udang dan buang urat perutnya.  Toskan udang biar kering.

3.  Lumurkan udang dengan serbuk lada hitam, garam dan serbuk lada sulah.  

4.  Kemudian ambil sedikit maggi tadi dan belit-belitkan pada udang.  Buat hingga habis.

5.  Panaskan minyak dan letak udang salut maggi tadi perlahan-lahan dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan.  Toskan.





Krup-krap pabila memakannya.  Makan begitu saja tanpa cicah sos pun sedap.


Sunday, November 1, 2020

Ayam Kemangi



1/2 ekor ayam
4 tangkai daun kemangi/daun selasih
2 biji limau nipis
4 helai daun limau purut
4 helai daun salam
2" lengkuas
2" halia
2 batang serai
1 biji tomato
500 ml air
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan dikisar halus :
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji buah keras
5 biji cili merah
3" kunyit hidup

1.  Ayam dilumurkan dengan limau nipis.  Ketepikan.
2.  Lengkuas, halia dan serai diketuk.  Tomato dibelah 4.  
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
4.  Masukkan lengkuas, halia, serai dan tumis lagi hingga pecah minyak.
5.  Masuk ayam dan gaul sekejap supaya rempah meresap ke dalam ayam.
6.  Kemudian masuk air, tomato dan garam.  Masak hingga mendidih.  Jika hendak berkuah, tambahkan sedikit lagi air.  Akhir sekali masuk daun limau purut dan daun selasih.  Balik-balikkan dan tutup api.