600 gm ubi kayu
1 sb serbuk kari
2 tangkai daun kari
sedikit garam
1. Ubi kayu dipotong kecil.
2. Lepas itu gaulkan dengan serbuk kari dan garam.
3. Panaskan minyak dan goreng ubi kayu bersama daun kari hingga garing. Toskan.
400 gm kailan bunga
1 biji cili merah - dihiris
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sb minyak untuk menumis
2 sb sos tiram
1/4 cawan air
secubit gula pasir
garam secukup rasa
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah hingga kekuningan.
2. Masuk sos tiram, air dan sayur kailan. Masak dengan api besar.
3. Akhir sekali masuk garam dan gula. Aku pernah diberitahu oleh seorang kawan berbangsa cina sekiranya masakan menggunakan sos tiram, masukkan sedikit gula pasir bagi mendapatkan rasa masakan yang lebih enak. Masuk sikit aje supaya tak terasa manis. Ia hanya untuk seimbangkan rasa.
4 sb butter
1 cawan brown sugar
3/4 cawan whipping cream
1 sb esen vanila
1. Masukkan butter ke dalam non-stick frying pan. Masak atas api perlahan.
2. Bila butter dah hampir cair, masukkan brown sugar. Kacau hingga sebati. Jika terlalu panas, padam api sekejap. Tak mahu gula itu menjadi hangus.
3. Kemudian cepat-cepat masukkan whipping cream. Kalau tak ada whipping cream boleh gunakan susu cair. Setelah masukkan whipping cream atau susu cair, masak semula. Gunakan api yang kuat hingga sos itu mendidih sambil dikacau.
4. Bila telah mendidih dan berbusa, tutup api dan masukkan esen vanila. Kacau hingga sebati. Sejukkan.