Saturday, July 6, 2013

Maggi & Sayuran Panggang



2 bungkus maggi perasa kari
1/2 biji (saiz kecil) capsicum kuning/hijau/merah
6 batang kacang buncis 
1 keping tauhu goreng
1/2  biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi 
1 sb minyak zaitun
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Didihkan air di dalam periuk dan rebus mee maggi sehingga kembang tapi jangan terlalu lama.  Nanti hilang kekenyalannya. Toskan sambil dilalukan air paip seketika.  Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.


2.  Susunkan capsicum, tauhu dan kacang buncis di dalam mangkuk tahan panas/loyang pembakar.


3.  Taburkan bawang besar, bawang putih dan cili padi di atas sayuran itu.

4.  Akhir sekali, renjiskan dengan minyak zaitun.  Kemudian sayuran itu dimasak dalam oven ataupun atas api dapur sehingga sayur nampak layu.  


5.  Kemudian sayur itu dipotong-potong dan digaul bersama maggi tadi.   Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan sedikit sahaja serbuk maggi kari.  Gaul rata.



Chocolate-Nut Pinwheel Cookies



2/3 cawan planta
3/4 cawan gula castor
1 biji telur
1 st esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 1/2 st baking powder
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan serbuk gajus - disangai sekejap
1/4 st garam

1.  Pukul gula dan planta hingga kembang.

2.  Masuk telur dan pukul lagi.  Kemudian masukkan esen vanila. Gaul rata.

3.  Masukkan pula tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder dan garam.  Gaul hingga menjadi doh yang lembut. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.

4.  Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan diuli hingga sebati.  Satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.


5.  Roll setiap doh di atas sehelai plastik atau baking paper menjadi 4 persegi dengan saiz lebih kurang 8"x12".   Simpan kedua-dua keping doh itu di dalam fridge sekurang-kurangnya 30 minit.


6.  Setelah dikeluarkan doh itu dari fridge, taburkan serbuk gajus di atas doh warna asal.  Kemudian letakkan doh koko di atasnya. Berhati-hati semasa meletakkan lapisan itu kerana lapisan doh itu mungkin akan pecah.  Tekan-tekankan sedikit supaya rata dan leperkan sedikit disetiap hujung doh.   Dengan  menggunakan plastik atau baking paper yang dilapik pada bahagian bawah lapisan doh, gulungkan doh itu perlahan-lahan dan kemas.   Kemudian gulungan itu dipotong dua.



7.  Bungkuskan kembali gulungan doh itu dengan plastik berasingan dan simpan kembali di dalam fridge selama sekurang-kurangnya 7 jam supaya mudah dipotong.

8.  Selepas dikeluarkan dari fridge, potongkan doh dalam 0.5 cm tebal. Susunkan biskut itu dalam dulang pembakar yang dialas dengan baking paper pada suhu 350F selama 20 minit.




Friday, July 5, 2013

Kerabu Soun Goreng




1 paket sohun
1/2 cawan ikan bilis
1 sb jintan putih
1 keping tauhu 
7-8 tangkai kacang buncis
2 batang serai - dihiris
3 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
sehiris halia



1.  Panaskan minyak.  Goreng ikan bilis dan sohun berasingan hingga sohun kembang.  Sohun tu mestilah dalam keadaan kering sebelum digoreng dan toskan.  



2.  Tauhu dipotong dadu dan digoreng.  Toskan



3. Tumis pula bahan kisar hingga garing.  Masuk jintan putih dan serai.  Goreng sekejap dan kacau hingga rata.



4.  Bila cili dah hampir kering, masukkan tauhu, kacang buncis, daun limau purut, gula dan garam.  



5.  Akhir sekali masukkan sohun dan ikan bilis goreng.  Gaul rata.