Friday, June 21, 2013

Acar Bijan/Rampai




1 biji timun 
1 batang carrot
1 biji cili hijau - dibelah 4
1 biji cili merah - dibelah 4
8 ulas bawang merah - buang kulit sahaja
5 ulas bawang putih - buang kulit sahaja
1 sb air kapur sirih
1 sb cuka
1 st biji sawi (tak masuk pun tak apa)
2 sb bijan putih - disangai
1/2" halia - dihiris halus
serbuk kunyit, gula dan garam secukupnya

1.  Timun dipotong 2" dan dibuang empulurnya.  Kemudian dipotong halus.  Carrot juga dipotong 1" dan dipotong halus juga.  

Lepas itu rendam timun dan carrot itu dengan air kapur sirih dalam 1/2 jam.  Ianya supaya timun dan carrot tu rasa rangup bila dimakan.  Kemudian toskan.
  

2.  Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan biji sawi.



3.  Masukkan timun, carrot dan cili.  Gaul rata dan biarkan seketika.

4.  Lepas itu masukkan cuka, serbuk kunyit, gula dan garam.  Akhir sekali masukkan bijan, gaul-gaulkan dan  tutup api.




Wednesday, June 19, 2013

Tart Angsa Emas



125 gm mentega
225 gm tepung gandum
35 gm gula castor
secubit garam
1 biji telur 
sedikit pewarna kuning
1 biji kuning telur untuk sapu
bunga cengkih secukupnya

Inti nenas :
1 biji nenas masak
3/4 cawan gula pasir

Membuat Inti Nenas :
Nenas dicincang halus atau diparut.  Masuk nenas dalam periuk bersama gula secukup manis dan masak hingga hampir kering. Sejukkan.


Cara membuat biskut :
1.  Campurkan tepung, mentega dan gula.  Gaul dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.

2.  Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut sambil dimasukkan pewarna kuning.

3.  Ambil sedikit adunan, masukkan inti nenas lalu dibentuk seperti angsa (lebih kurang lah).  Hiaskan dengan bunga cengkih. 
Gunting-guntingkan permukaannya dan sapu kuning telur.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.





Tuesday, June 18, 2013

Skon Goreng




Bahan A :
100 gm tepung naik sendiri
20 gm gula aising
1/4 st yeast
1/4 st soda bikarbonat
100 ml susu cair / air biasa
1 biji telur
3 sb kelapa parut putih
garam secukup rasa

Bahan B :
1 sb planta
2 sb kismis


1.  Satukan Bahan A dan digaul hingga rata.  Kalau tak suka rasa susu sangat, kurangkan penggunaan susu tapi dicampurkan dengan air.  



Adunan ini mestilah pekat dan kental.  Oleh itu cukup sekadar digaul sekadar bersatu semua bahan.



2.  Panaskan kuali dan cairkan sedikit planta.  Ambil satu sudu besar adunan tadi, masuk dalam kuali dan tabur kismis.  Ambil satu sudu besar lagi adunan tadi dan diletakkan di atas kismis tadi.


3.  Bila scone telah menjadi perang, terbalikkan.  Buat hingga selesai.





sumber asal : mesra.net