Friday, October 30, 2020

Rice Bubble Choco Jar




250 gm rice bubble
300 gm dark chocolate
5 sb butter

1.  Rice bubble disangai sekejap atas api kecil supaya rangup.
2.  Dark chocolate dipotong kecil dan dimasukkan ke dalam periuk.  Dicairkan menggunakan kaedah double-boiler.
3.  Bila chocolate dah cair, masukkan butter sambil dikacau hingga larut.
4.  Masukkan rice bubble tadi dalam bekas kecil dan tuangkan chocolate cair tadi dan ditutup.

Bila nak dimakan, gaulkan rata chocolate dengan rice bubble itu.  Di sini aku saja gunakan sedikit chocolate putih yang telah dicairkan dan dicampur sedikit pewarna unggu. 









Saturday, October 24, 2020

Sup Ikan Merah

 

2 keping ikan merah
1 biji kentang - dipotong 4
1 biji tomato - dipotong 4
4" carrot - dipotong ikut suka
1 pokok daun sup - dipotong kasar
4-5 biji cili padi
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3" kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 liter air
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan ditumbuk kasar :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" halia

1.  Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga bersama bahan tumbuk. 

2.  Masukkan juga kentang sekali supaya cepat empuk.  Tumis hingga naik bau dan bawang kekuningan.

3.  Masuk ikan dan biarkan seketika sambil balikkan ikan.  Lepas itu masukkan air, carrot, tomato dan garam.  Masa ni kentang pun dah mula empuk.  Bila mendidih, masukkan daun sup dan cili padi.  Tutup api.





Friday, October 23, 2020

Leopard Print Bread



Bahan A :
2 1/2 cawan tepung roti
4 sb gula castor
1 1/2 sb yis
1 cawan susu cair
2 sb butter - dicairkan

Bahan B :
2 sb serbuk koko
2 sb susu cair

1.  Satukan bahan A dan diuli hingga lembut dan dibahagi kepada dua bahagian.

2.  Satu bahagian diuli lagi dengan campuran koko dan susu cair.  Uli hingga sebati.  Tabur sedikit tepung jika terlalu melekit.  Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.


3.  Kedua-dua adunan itu dibahagi 6 bahagian tapi berlainan saiz tapi saiz itu kenalah sama besar sepasang.  

Bulat-bulatkan dan tutup adunan itu dengan kain lembap atau dengan wrapping plastik.  Biarkan adunan itu mengembang lebih kurang 1/2 jam.

4. Ambil sebiji adunan warna asal dicanai memanjang.  Ambil pula sebiji adunan coklat digelek bulat memanjang.  Letakkan adunan coklat itu di atas adunan yang dicanai tadi. Gulungkan dan ketepikan.  Buat kaedah yang sama pada adunan-adunan yang lain.


5.  Kemudian digelek lagi setiap gulungan itu sehingga menjadi 2x panjang acuan loaf.  Panjang tu agak-agak lebih kurang aje asal boleh muat dalam acuan loaf.  

6.  Lepas itu kerat dua setiap gulungan itu.  Susunkan gulungan itu ke dalam acuan loaf yang telah disapu dengan butter atau shortening.
Tutup acuan itu dengan kain lembap atau wrapping plastik supaya adunan itu naik mengembang lebih kurang 1-2 jam.


7.  Kemudian tanggalkan wrapping plastik itu dan bakar roti pada suhu 170C lebih kurang 30-40 minit atau hingga kekuningan.  Kalau hendakkan roti yang rata dipermukaannya, boleh ditutup bahagian atasnya dengan tudung periuk atau guna acuan loaf yang berpenutup.




Thursday, October 22, 2020

Asam Rebus Bendi

 

10 biji bendi
1/2 cawan cili kisar
2 sb asam jawa
2 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa

Bahan ditumbuk kasar :
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2" kunyit hidup

1.  Masukkan bahan tumbuk, serai dan air asam jawa dalam periuk.
2.  Masak hingga mendidih.  Lepas itu potongkan bendi hujung dan pangkalnya dan masukkan bendi ke dalam kuah yang sedang mendidih.  Masukkan garam sekali.
3.  Biar mendidih lagi, masukkan daun limau purut dan terus tutup api dan tutup periuk supaya bau daun limau itu meresap ke dalam kuah.

Kuah ni boleh juga dimasukkan ikan tapi hari ni kita nak masuk sayur aje.  Lawankan makan dengan ikan masin goreng atau ikan goreng atau ayam goreng.  

Makan pulak dengan kuah yang meladong dalam nasi...phuuh sedap giler.



Wednesday, October 21, 2020

Asam Pedas Ayam



4-5 ketul ayam
1 cawan cili kisar
6 tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 sb serbuk lada hitam
1 batang serai - dititik
2 sb asam jawa
500 ml air
6 biji bendi
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan ditumbuk kasar :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan
3" kunyit hidup
1" halia

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.  Masukkan cili kisar dan tumis sekejap. 
3.  Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan tumis lagi hingga garing.
4.  Bila hampir pecah minyak, masukkan ayam dan serai.  Tumis lagi hingga ayam masak dan cili meresap ke dalam ayam.
5.  Lepas itu masukkan air asam jawa secukupnya, bunga kantan, daun kesum, sayur bendi dan garam.  Biarkan hingga ayam dan bendi masak dan kuah mestilah pekat sedikit.








Sunday, October 18, 2020

Udang Bakar Cheese



10 ekor udang harimau
1 cawan mozarella cheese
1 pokok daun ketumbar
2 sb salted butter
3 biji cili padi
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano

1.  Udang dipotong sedikit bulunya tanpa dibuang kulitnya.  Belah belakang udang dengan gunting atau pisau tajam.  Buang perutnya dan dibasuh bersih.
Susun udang atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  

2.  Daun ketumbar dan cili padi dihiris halus.  Tomato dibuang empulurnya dan didadu kecil.  Bawang putih dicincang halus.

3.  Cairkan butter dan biarkan suam sedikit.  Masukkan bawang putih, daun ketumbar, cili padi, tomato, serbuk lada hitam dan oregano.  Gaul rata.

4.  Letakkan bahan inti atas udang.  Taburkan mozarella cheese.  Boleh tabur sedikit lagi serbuk lada hitam jika mahu lebih pedas.

5.  Bakar udang hingga kemerahan.




Kerabu Maggi

Masakan ni disebut kerabu tapi macam tak sesuai makan dengan nasi.  Jadi akhirnya makan macam tu aje.  


2 bungkus maggi kari
1 biji tomato
150 gm kobis
5 ekor udang
3 biji cili padi
1 helai daun limau purut
3-4 biji limau kasturi
1 sudu sos ikan
1 paket serbuk kari maggi
garam dan gula secukup rasa

1.  Maggi direbus sekejap hingga lembut dan toskan.  Udang dibersihkan dan dicelur.
2.  Tomato dibuang empulur dan dihiris.  Kobis dihiris.  
3.  Cili padi dan daun limau purut dihiris. 
4.  Masukkan maggi dalam mangkuk besar dan dileraikan.  Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.  Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.