Sunday, October 21, 2018

Kemarau Panjang Akan Melanda Dunia 2019-2022


Apakah Maksudnya Tanda-Tanda Ini?   Marilah sama-sama kita kembali ke jalan Allah sebaik mungkin, banyakkan amal ibadat kita dan jauhilah perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Agensi Meteorologi dan Geofizik menyatakan bahawa kemarau panjang akan melanda dunia. Agensi itu meramalkan kemarau panjang tersebut akan bermula pada tahun 2019 sehingga 2022. Rizab air dunia pada ketika itu hanya tinggal 3% saja. Apakah maknanya maklumat yang kita terima ini?Mengikut perkiraan ini bermakna tanda-tanda akan keluarnya Dajjal semakin hampir. Dan berkemungkinan juga munculnya Imam Mahdi tengah-tengah kita tanpa kita sedari. Ini bererti apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW telah jelas terbukti.Adakah Imam Mahdi telah muncul tanpa kita sedari?

Berpandukan hadis mengenai kisah Tamim Ad-Dari, salah satu tanda keluarnya Dajjal ialah paras air di Tasik Tiberias yang semakin susut, keringnya mata air Zughar dan pohon kurma Baisan tidak lagi berbuah. Jika kita mengikuti perkembangan maklumat terbaru tentang ketiga-tiga tanda ini, ternyata ianya sudah semakin dekat.Dalam dua tahun ini, pokok-pokok kurma di Baisan tidak lagi mengeluarkan buah. Ianya disusuli dengan semakin berkurangnya mata air Zughar. Dan yang paling ketara dan merisaukan adalah susutnya paras air di Tasik Tiberias di Israel.Susutnya paras air di Tasik Tiberias mendorong Kerajaan Israel berusaha mencari sumber air yang lain. Salah satu usaha mereka adalah penyulingan air laut. Dalam hadis lain dinyatakan bahawa tanda Dajjal akan keluar dari tempat kurungannya adalah setelah berlakunya kemarau selama kurun 3 tahun.Ternyata paras air di Tasik Tiberias semakin susut.

Sebagaimana yang dinyatakan di atas bahawa Agensi Meteorologi dan Geofizik telah menganggarkan kemarau panjang tersebut akan berlaku pada tahun 2019 hingga tahun 2022. Jika ada di antara kita yang menunaikan ibadat haji dari tahun 2011 sehingga tahun 2014, tanpa disedari mungkin mereka pernah bertemu dengan “Imam Mahdi” berhampiran Ka’bah.

Hanya orang-orang tertentu sahaja yang mungkin mengetahui tanda-tandanya. Tanda kemunculan Imam Mahdi ini seperti yang pernah dinubuwwahkan oleh Rasulullah SAW adalah wafatnya Raja yang namanya mempunyai makna kepada nama haiwan.Raja Fahd (Kiri) dan Raja Salman (Kanan)
Ini berkemungkinan Raja tersebut adalah Raja Fahd (Fahd bermaksud Singa). 

Setelah itu akan terjadi pertelingkahan. Raja yang menaiki takhta selepas itu adalah seorang yang banyak membuat dosa. Setelah itu Baginda Raja akan wafat dan kemudiannya diganti oleh seorang Raja yang sangat baik. (Berkemungkinan Raja tersebut Raja Salman). Raja Salman adalah Raja yang memerintah Arab Saudi sekarang. Wallahu a’lam.

Di waktu atau selepas pemerintahan Raja Salman inilah berkemungkinan munculnya Imam Mahdi. Dari petanda ayat-ayat qauniyah tersebut, kesimpulannya adalah akhir zaman ini sudah semakin hampir.  Marilah sama-sama kita kembali ke jalan Allah sebaik mungkin, banyakkan amal ibadat kita dan jauhilah perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.




No comments:

Post a Comment