Sunday, October 28, 2018

Muruku Omapodi




3 cawan tepung dhal gram
3/4 cawan tepung beras
1 st serbuk jintan putih
1/4 cawan omum water (beli di kedai india)
2/4 cawan air
1/4 cawan planta atau minyak masak
1 st serbuk cili
1 liter minyak untuk menggoreng
1 sb garam
daun kari secukupnya (jika hendak)

1.  Campur tepung dhal, tepung beras, jintan putih, serbuk cili dan garam.  Masuk omum water dan air sedikit demi sedikit.

2.  Adunan ini agak melekit.  Masuk planta atau minyak sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.

3.  Panaskan minyak dalam kuali besar.  Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan muruku yang halus.  Tekankan adunan ke dalam minyak panas.  Gorengkan omapudi hingga kekuningan.  Jangan terlalu garing nanti ia akan keras.  Gorengkan sekali daun kari dan taburkan pada omapodi itu.  Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.








Saturday, October 27, 2018

Nasi Goreng Jagung




200 gm nasi sejuk
1/3 cawan jagung
2" carrot
10 ekor udang
1 biji telur
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb minyak untuk menumis
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Jagung direbus atau dikukus hingga lembut dan toskan.  Carrot dipotong halus memanjang.  Bawang merah dan bawang putih dihiris.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama carrot.  Kalau guna jagung mentah, masukkan sekali jagung bersama bawang itu dan tumis hingga bawang kekuningan dan jagung masak.



3.  Lepas itu masuk udang dan telur.  Kacau-kacau supaya telur hancur dan udang bertukar merah.

4.  Kemudian barulah dimasukkan nasi.  Gaul-gaulkan hingga rata.  Akhir sekali masuk garam dan serbuk lada sulah. Masak lagi lebih kurang 5 minit dan tutup api.



Thursday, October 25, 2018

Nasi Jagung




2 cawan beras
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang jagung
1 cawan air rebusan ayam
air biasa secukupnya 
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Jagung dihiris dari batangnya.  Bawang besar dan bawang putih dihiris.  



2.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.  

3.  Lepas itu masuk beras.  Goreng sekejap.



4.  Kemudian barulah dimasukkan jagung, air rebusan ayam, air secukupnya ikut jenis beras yang digunakan dan garam.

5.  Masak hingga masak seperti nasi biasa.




Ayam Masak Merah



1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3" kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 cawan cili kisar
3 sb tomato sos
1 sb sos tiram
2" halia
1 sb asam jawa
2 cawan air
1 sb serbuk kunyit
1 cawan minyak 
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

1.  Ayam digaram-kunyit.  Bawang besar dihiris bulat.  Halia diketuk.  Asam jawa diramas dengan sedikit air.

2.  Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.  Toskan.

3.  Bekas lebihan menggoreng minyak ditumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau.  Lepas itu masuk bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.  

4.  Masukkan pula cili kisar dan halia.  Tumiskan hingga garing dan pecah minyak.


5.  Kemudian masukkan tomato sos, sos tiram dan air asam jawa.  Tumis sekejap dan masuk air.

6.  Akhir sekali masuk ayam, bawang besar dan garam.  Didihkan lagi hingga pekat sedikit.  Tutup api.




Sunday, October 21, 2018

Kemarau Panjang Akan Melanda Dunia 2019-2022


Apakah Maksudnya Tanda-Tanda Ini?   Marilah sama-sama kita kembali ke jalan Allah sebaik mungkin, banyakkan amal ibadat kita dan jauhilah perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Agensi Meteorologi dan Geofizik menyatakan bahawa kemarau panjang akan melanda dunia. Agensi itu meramalkan kemarau panjang tersebut akan bermula pada tahun 2019 sehingga 2022. Rizab air dunia pada ketika itu hanya tinggal 3% saja. Apakah maknanya maklumat yang kita terima ini?Mengikut perkiraan ini bermakna tanda-tanda akan keluarnya Dajjal semakin hampir. Dan berkemungkinan juga munculnya Imam Mahdi tengah-tengah kita tanpa kita sedari. Ini bererti apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW telah jelas terbukti.Adakah Imam Mahdi telah muncul tanpa kita sedari?

Berpandukan hadis mengenai kisah Tamim Ad-Dari, salah satu tanda keluarnya Dajjal ialah paras air di Tasik Tiberias yang semakin susut, keringnya mata air Zughar dan pohon kurma Baisan tidak lagi berbuah. Jika kita mengikuti perkembangan maklumat terbaru tentang ketiga-tiga tanda ini, ternyata ianya sudah semakin dekat.Dalam dua tahun ini, pokok-pokok kurma di Baisan tidak lagi mengeluarkan buah. Ianya disusuli dengan semakin berkurangnya mata air Zughar. Dan yang paling ketara dan merisaukan adalah susutnya paras air di Tasik Tiberias di Israel.Susutnya paras air di Tasik Tiberias mendorong Kerajaan Israel berusaha mencari sumber air yang lain. Salah satu usaha mereka adalah penyulingan air laut. Dalam hadis lain dinyatakan bahawa tanda Dajjal akan keluar dari tempat kurungannya adalah setelah berlakunya kemarau selama kurun 3 tahun.Ternyata paras air di Tasik Tiberias semakin susut.

Sebagaimana yang dinyatakan di atas bahawa Agensi Meteorologi dan Geofizik telah menganggarkan kemarau panjang tersebut akan berlaku pada tahun 2019 hingga tahun 2022. Jika ada di antara kita yang menunaikan ibadat haji dari tahun 2011 sehingga tahun 2014, tanpa disedari mungkin mereka pernah bertemu dengan “Imam Mahdi” berhampiran Ka’bah.

Hanya orang-orang tertentu sahaja yang mungkin mengetahui tanda-tandanya. Tanda kemunculan Imam Mahdi ini seperti yang pernah dinubuwwahkan oleh Rasulullah SAW adalah wafatnya Raja yang namanya mempunyai makna kepada nama haiwan.Raja Fahd (Kiri) dan Raja Salman (Kanan)
Ini berkemungkinan Raja tersebut adalah Raja Fahd (Fahd bermaksud Singa). 

Setelah itu akan terjadi pertelingkahan. Raja yang menaiki takhta selepas itu adalah seorang yang banyak membuat dosa. Setelah itu Baginda Raja akan wafat dan kemudiannya diganti oleh seorang Raja yang sangat baik. (Berkemungkinan Raja tersebut Raja Salman). Raja Salman adalah Raja yang memerintah Arab Saudi sekarang. Wallahu a’lam.

Di waktu atau selepas pemerintahan Raja Salman inilah berkemungkinan munculnya Imam Mahdi. Dari petanda ayat-ayat qauniyah tersebut, kesimpulannya adalah akhir zaman ini sudah semakin hampir.  Marilah sama-sama kita kembali ke jalan Allah sebaik mungkin, banyakkan amal ibadat kita dan jauhilah perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.




Thursday, October 18, 2018

Trajedi Bot Karam Pulau Besar Melaka Dalam Kenangan


#keratan akhbar utusan malaysia muka hadapan 1998








Al-Fatehah untuk kawan-kawan yang telah pergi menemui ilahi semasa trajedi itu.
Aku abadikan di sini tulisan kawan-kawan aku (dari fb mereka) yang pernah terlibat dalam trajedi ini.

Dari Pn. Hanida Atong
Part 1
20 thn lepas pd tarikh inilah sy berjaga sepjg mlm..menunggu kepulangan suami dr tempat kerja..baby Akmal yg baru berusia 42 hari sentiasa merengek disebelah....bukan kebiasaannya balik lewat dr 12 mlm....bot terakhir dr pulau besar pasti dah sampai mainland seblm 12 tghmlm....hati berdebar tak tentu arah...jam 2 pg sy call jetty...bot dah sampai blom...org dr jetty kata.. Belum lg...hati dh resah...call pula pulau...Abg Mohd Azmir Md Ali jawap...bot dah berlepas pukul 11.30 td...Allah..kalau bot berlepas mcm biasa sepatutnya mereka dah sampai seperti biasa..setengah jam atau lebih sikit sahaja...mungkin sbb ribut sikit tadi..bot berteduh dkt pulau serimbun kot..kata abg Azmir...harapnya begitu..sy fikir..sy call lg jetty..pasti dia org naik rimas sbb sy asyik call...lps tu call lg abg Azmir...abg dah pusing pulau tp tk nmpk cahaya dr serimbun, kata nya...agaknya serimbun pulau yg terdekat di antara pulau besar dan mainland....katanya kalau ada pasti nmpk cahaya lampu bot..walau pun dr jauh..dan sepanjang mlm sy duduk ditepi telefon spt phone operator..ank yg merengek sy susukan ditepi telefon...(masa tu sy belum ada hp)..tak tau nk buat apa saya bangun mandi hadas (kerana masa tu sy masih dlm pantang) ..sy solat hajat 2 rakaat minta pada Allah agar suami sy dan kwn2 semua selamat...  hingga 4 pg masih belum dpt jawapan dr abg azmir maupun dr pihak jetty anjung batu..akhirnya sy cuba call kwn2..kak Asminah Ramlan.....call Azzalia Hashim...call ita...tp sure lah org masih tidur kan masa tu...akhirnya sy call kak Fauziah Khalid yg pastinya sudah bangun kerana abg Hasnan Hussain bekerja diluar melaka...Astaghfirullah.. Ye ke Hani...Hani tunggu kat situ Akk jemput kita ke jetty kata nya..

Part 2
Sesampai saja  di jetty anjung batu...Azman Joe dlm keadaan basah kuyup berkain batik ..menangis katanya last dia nmpk jalil masa dia terjun dr tingkap bot..Ya Allah.. Itulah jawapan yg dicari sepjg mlm...bot karam...Sy tidak menangis...tp sy berdoa di dlm hati...selamatkan mereka Ya Allah...Selamatkan mereka...pihak jetty beritahu jabatan laut sudah dihubungi dan pasti akn tiba sebentar lg...rupa2nya bot tenggelam pada kira2 beberapa minit sahaja lps berangkat dr jetty pulau besar...sekali lg sy jd phone operator di jetty anjung batu.. Menunggu panggilan dr jetty shah bandar..menunggu berita siapa yg dh dijumpai...akhirnya jam 8 lebih pg sy dpt berita suami sy AJ Hashim selamat bersama beberapa org kwn dan dibawa ke hospital besar Melaka....Alhamdulillah  syukur padamu Ya Allah...tp sedih sebab ramai juga kwn2 yg dikasihi kembali pada Allah masa tu...innalillahi wainna ilaihi rojiun... 😓

Dari Pn Azaliah Hashim
Alfatihah..
Aku masa tu blk naik bot pukul 10 mlm.  Trus kelebang g makan. Mmg angin kuat sngt masa tu. Blk rumah ingatkan bdk2 ni x jd blk. Subuh tu kak gee call. Tanya ieza dgn sham blum blk kan?  Baru kak gee cerita.  Allahu Akhbar.. trus bergegas ke anjung batu.😭😭😭😭

Mlm tu sblum blk kol 10 mlm aku g housekeeping ajak arwah ieza blk skali. Dia xnk dia kata nk blk saing sham. Aku ckp kt ieza kalo van xnk hantar ke pokok mangga call akak nt akak amek. Hazimah kata kalo van xnk hantar sy hantar diaorg kak.. akak jgn risau. 😭😭😭. Pastu aku turun nk g bothouse aku singgah chinese restaurant  jumpa arwah sham. Bgtahu dia aku da nk blk. Ieza nk blk saing dia... Allahu Akhbar.. Allah sebaik baik perancang. Kami redho.😭😭😭😭

Dari En. Azmir
Klau difikirkn blk ttg kejadian mlm tu, hanya Allah yg tahu bagaimana cemasnya kami yg bertugas pd mlm tu, antara rakan2 yg bersama abg mlm tu, Haizul, Nordin Sec, Maznan dan lain2(mohon maaf dh tk ingat).

Usaha kami menjelajah sekeliling pulau besar nmpk hampa sehinggalah jam 4.30pg tlh dimaklum oleh operator bot, mangsa pertama dijumpai selamat iaitu sdra Azman Sham di pulau hantu blkg golf course. Apabila dimaklumkn bot yg hanya bleh menampung seramai 15org,abg terus memberi arahan utk memeriksa semua punch card yg blk pd 11.30mlm tu & kami amat terkejut dimana 26 staf tlh blk menaiki bot tersebut. Kami trus berdoa dan berdoa agar sesuatu yg buruk tdk berlaku sama sekali. Tp Allah menyayangi 11org rakan kita utk pergi meninggalkn kita buat selama-lamanye.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama org-org yg beriman, Aamiin...


Dari Pn. Fauziah Khalid
Akak ada byk sejarah dgn arwah ieza, hazimah dn sattar ptg sebelum kejadian. Akak bertukar boat dgn arwah hazimah. Dia turun boat yg hntr linen dn akak naik boat tu blk. Boat pkl 7 mlm. Tp seblm tu....mcm2 pesanan utk yg kerja ptg (yg ketiga2 arwah). Ieza smpt talipon syam suh bawa baju putih. Arwah sattar patut blk tp nk OT sb nk kumpul duit byr duit driving. Arwah hazimah...sakit perut katsanya tp syg kat akak nnt akak kena stay back klu dia tk msk kerja 😭😭


Dari Abdul Jalil Hashim
18/10/1998-18/10/2018
Hari ini genap 20 thn peristiwa Tragedi bot karam Pulau Besar Melaka
Saya antara mangsa yg terlibat & terselamat mengucapkan Salam Takziah kpd keluarga yg meninggal
Sesungguhnya Tragedi ini umpama mati hidup semula & sentiasa dlm ingatan
Al fatihah...😔😔

Arwah sham dgn arwah labu berpaut sama...aku sempat jumpa tengah laut..labu tanya aku hg ada tempat berpaut ka..aku kata ada...masa tu aku sorang ja..bila ombak mai makin kuat kami terpisah jauh...ingat lg sham dok panggil leza bini dia..masa tu masing2 minta tolong ..ada yg panggil mak ...mintak tlg tarik tanggan la..ada yg azan...memang masa tu masing2 panic..

lepas tu aku jumpa suhaimi recreation..kami cuba berenang ke pulau blk...sebab arah pulau lebih dekat...tengah kami berenang ke arah pulau tiba2 abg Amanda tarik kami..dia mintak tolong sebab keadaan dia masa tu dah agak penat..dlm keadaan tarik menarik berlaku, Suhaimi cuba lepaskan diri dr kami..aku masa tu pun dah tengelam timbul sebab abg Ahmanda dok tekan untuk elakan diri dr ombak yg dtg...tp aku sempat ckp kat dia kalau nak dua2 selamat tlg jangan tekan atau tarik antara kita & cuba apungkan diri.  lagi pun kami ada life jacket masa tu..

life jacket yg kami pakai tu pun berbelit belit dibadan sebab masa terjun dr bot baru pasang  ..lepas tu dia terus peluk belakang ...aku cakap dekat abg mada..kita jangan buang tenaga sebab ombak sangat kuat...nak berenang kepulau pun tak dpt & nak ke mainland pun tak dpt..kita cuba ikut alunan ombak kalo ombak naik kita naik kalo turun kita turun..sebab ombak akan menimbus kita kalo kita tunggu..dr cara tu lah kami berjaya mengawal keadaan dan hanya mengikut alunan arus ombak ...

masa tu tak kisah dah kemana arah tuju...ikan jaws ka..hantu air ka..asal selamat cukup..tp sekali sekala kami hampir2 lemas jgk sebab ombak berlapis .. lama2 keadaan agak terkawal...abg Amanda masa tu dah cukup lemah dia sempat cakap ,tolong jangan tinggalkan dia.

dlm keadaan batuk2 bila dipukul ombak...aku masa tu mula timbul niat untuk tingglkan dia jgk masa tu sebab dia semakin menarik2 mungkin jgk kehilangan banyak tenaga..

dlm keadaan cuba meninggalkan dia..tiba2 macam2 surah & ayat2 al quran dia baca...aku mula memujuk drii untuk selamatkan dia.   hati mula rasa tenang dan kesian...suhaimi dah hilang entah kemana...suara riuh rendah dgn panggil meminta tolong senyap.

hanya deruan ombak yg kedengaran..tiba2 aku ternampak life jacket dan cuba menarik tp terpaksa dilepaskan sebab bersama jacket ada mayat seorang perempuan dgn rambut mengurai sampai pinggang dlm keadaan terlentang(tak perlu sebut nama).  hati mulai takut dan terlintas ada kah aku akan keadaan yg sama jgk masih blm ada bantuan yg sampai..

abg Amanda makin tenat berkali2 dia ulangi jgn tinggalkan dia...masa berjalan begitu pantas sebenarnya dah berjam dlm air sebab takut punya pasal...tiba2 deruan engin bot berbunyi dgn kilauan lampu..gerakan menyelamat dah sampai..hati rasa lega sangat tp bot menyelamat hanya lalu saja...

dlm kedaan laut berombak memang tak akan nampak punya sebab yg timbul kepala saja ,alunan ombak jgk faktor utama mengaburi pandangan walaupun kita menjerit tak akan dgr jgk sebab engin bot bunyi kuat..dua tiga kali bot menyelamat lalu tapi tak nampak ...

akhirnya aku nampak sekeping papan hayut kearah aku...aku pun capai...dgn papan tu lah aku memukul laut untuk membuat percikan air...abg Amanda aku tak ambil tahu lg dah tp gengaman dia dibelakang masih kuat ...

setelah percikan dibuat berkali2 baru lah cahaya dr bot tertumpu pada kami..akhinya kami diselamatkan ...waktu masa tu lebih kurang 6 lebih pg  ..kami diberi terus minum...tenaga masa tu memang dah habis...dua2 kami dah lembek..Abg Amanda terus plk aku sambil menangis..dia cakap sampai mati tak akan lupa hg Jalil😭😭
Ni la kali pertama aku cerita pd semua org.
Sebenarnya aku adalah org yg terakhir naik bot tu...nanti cerita lagi...


Dari Man Toba
Satu ayat yg aq x dpt lupa dari arwah hazimah sehari sebelum kejadian, toba aq dah nak pergi ni ko jaga diri ko baik2, sampai skrg terngiang2 lagi😢😢😢😢
Aq yg x berada dlm setuasi tu mmg dpt bygkan allah hu



Wednesday, October 17, 2018

Masak Lemak Rebung Buluh




3 batang rebung buluh
2 batang serai
1 biji kelapa
1 keping asam-keping
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
15 biji cili padi
3 sb udang kering
3" kunyit hidup




1.  Rebung dihiris nipis.  Direbus hingga lembut sambil tukar air rebusan sebanyak 2 kali bila ia mendidih.  Toskan.

Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat.  Diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.



2.  Masuk bahan tumbuk, santan cair dan serai ke dalam periuk.  Masak dengan api perlahan dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan.  Api jangan terlalu kuat supaya tidak pecah minyak.



3.  Bila kuah dah mula mendidih sedikit, masuk rebung, santan pekat, asam-keping dan garam.  Biarkan ia mendidih sekali lagi tapi pastikan api perlahan.  Kuah mestilah pekat.





Monday, October 15, 2018

Dark Chocolate Crinkle Cookies



225 gm dark chocolate
4 sb butter
2 biji telur
1/2 cawan gula castor
1 st esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum 
1/4 cawan serbuk koko

1.  Cairkan dark chocolate menggunakan kaedah double boil.  Tutup api dan masukkan butter.  Kacau hingga sebati.  Ketepikan.


2.  Pukul telur dan gula hingga kembang.  Masuk esen vanila.  Pukul lagi.


3.  Masukkan chocolate cair tadi dan dikacau hingga sebati.


4.  Akhir sekali masuk tepung yang telah diayak bersama serbuk koko.  Gaul hingga sebati.  Adunan ini sememangnya cair.  Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.


5.  Kemudian ambil 1 st doh itu dan bulatkan.  Tekan sikit supaya tak terlalu tebal nanti tak masak di bahagian dalamnya.  



6.  Golekkan bebola itu dalam gula icing.  Susun atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.   Bakar pada suhu 150C lebih kurang 15 minit atau hingga masak.