Tuesday, September 27, 2016

Kari Ayam



1/2 ekor ayam
2sb rempah kari
1 st serbuk kunyit
1/2 biji kelapa
1 biji kentang 
2" kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1" lengkuas - diketuk
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
2 sb minyak untuk menumis

Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia



1.  Ayam dipotong ikut suka.  Kelapa diperah dengan 2 cawan air.  Kentang dipotong 4.  Rempah kari dibancuh dengan sedikit air.

2.  Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.

3.  Masuk bahan tumbuk dan tumis lagi hingga kekuningan.


4.  Lepas itu masukkan rempah kari, serbuk kunyit, daun kari, daun pandan dan lengkuas.  Tumis lagi hingga garing.

5.  Kemudian masukkan ayam.  Masak sekejap sambil digaul-gaulkan supaya rempah meresap sedikit ke dalam ayam.

6.  Akhir sekali masukkan santan dan garam.  Masak hingga mendidih dan pecah minyak.  Kuah tu janganlah terlalu cair atau terlalu pekat.






No comments:

Post a Comment