1 ekor ikan jenahak
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan air
1 batang carrot
2 helai daun kunyit
2 batang serai
Bahan tumbuk :
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2" kunyit hidup
1. Kelapa diperah dengan 1/2 cawan air untuk santan pekat. Ketepikan. Perahan kedua, gunakan 2 cawan air sebagai santan cair.
2. Masukkan bahan tumbuk, carrot, santan cair, serai dan daun kunyit ke dalam periuk. Biarkan ia mendidih sambil dikacau.
3. Kemudian masukkan ikan, santan pekat dan garam. Kacau-kacaukan selalu supaya tidak pecah minyak atau kuah itu menjadi cair. Bila mendidih, tutup api. Kuah mestilah pekat.
No comments:
Post a Comment