5 biji ketupat - dipotong nipis
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 sb cili kisar
5-6 biji fish ball - dipotong tiga
2 biji telur
1/4 cawan ikan bilis
1 helai daun kunyit - dihiris
1 sb sos tiram
2-3 helai daun limau purut
garam secukup rasa
1. Bawang besar, bawang putih dan cili merah ditumis hingga garing kekuningan.
2. Masuk cili kisar, fish ball dan ikan bilis. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
3. Masuk sos tiram. Gaul-gaulkan biar rata dan masukkan ketupat dan pecahkan telur. Biarkan seketika. Bila telur dah mula masak, gaulkan rata-rata sambil dimasak lagi hingga nampak garing sedikit.
4. Kemudian masukkan daun kunyit, daun limau purut dan garam. Gaul lagi. Masak sekejap dan tutup api.
No comments:
Post a Comment