500 gm cornflakes
2 cawan badam cincang/kacang tanah/bijan yang disangai
mangkuk kertas bersaiz kecil secukupnya
sedikit manik hiasan
200 gm planta
1 cawan madu
1/2 cawan brown sugar/gula pasir
1. Masuk planta, madu dan brown sugar/gula pasir ke dalam kuali besar yang boleh memuatkan 500 gm cornflakes. Masak sehingga planta larut dan campuran berubah warna sedikit gelap.
2. Kemudian masukkan cornflakes, badam/kacang/bijan. Kalau nak guna bijan, gunakan dalam 1 cawan dan cukup. Gaul rata.
3. Ambil sedikit campuran cornflakes itu dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Buat hingga habis dan bakar pada suhu 150 C lebihkurang 10 minit.
Kalau suka boleh juga ditambah dengan bahan-bahan yang lain seperti gajus panggang, kismis, ceri merah/hijau dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment