Sunday, September 27, 2015

Pau Sambal



1 cawan tepung gandum
1 st yis
1/2 cawan air suam
1 st gula pasir
1 biji telur
1 sb shortening / planta
sedikit garam
sambal goreng ikan bilis
1/2 biji timun


1.  Satukan air suam, yis dan gula pasir.  Biarkan yis mengembang.

2.  Satukan tepung gandum, garam dan shortening/planta.  Gaulkan.

3.  Masuk telur.  Gaulkan lagi hingga rata.  Kemudian masukkan campuran yis tadi.  Uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.  Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan ia naik mengembang.

4.  Tumbukkan doh ditengahnya bagi mengeluarkan angin dan ambil sedikit doh lalu dibulat-bulatkan.  Saiznya ikut suka.  Susun bebola itu atas dulang atau loyang yang ditabur sedikit tepung supaya tak melekat.


yang ni kes terlupa nak tabur tepung...
tu yang bebola tu melekat sedikit bila diangkat.

5.  Biarkan bebola pau itu naik sekejap.  Kemudian gorengkan pau itu dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.

6.  Belah pau kepada dua tapi jangan putus.  Letak sambal ikan bilis dan timun.  Siap.







Friday, September 18, 2015

Lemon Olive Oil Cake




1 cawan tepung gandum
5 biji kuning telur
1/2 cawan gula halus
4 biji putih telur
1/4 cawan gula halus
3/4 cawan olive oil
1 biji lemon 
chocolate untuk hiasan

1.  Panaskan oven pada suhu 350F / 270C.

2.  Sediakan loyang 8" ataupun 9"x5".  Lengserkan dengan planta dan taburkan sedikit tepung gandum.

3.  Parutkan lemon dan diperah jusnya.  Parutan lemon digaulkan ke dalam tepung.  Ketepikan.

4.  Sediakan 2 bekas untuk mengadun.  Satu bekas dipukul kuning telur bersama 1/2 cawan gula halus (high speed)  hingga pekat...Kurangkan kelajuan dan masukkan olive oil dengan jus lemon.

5.  Satu bekas lagi di pukul putih telur hingga bertanduk (high speed).   Kurangkan kelajuan dan masukkan 1/4 cawan gula.  Kemudian dimasukkan ke dalam adunan kuning telur tadi.  

Gaulkan hingga sebati dan tuang ke dalam acuan.

6.  Bakar lebih kurang 35'.  Bila telah masak, keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk didalam acuan selama 10 minit.  Kemudian barulah dikeluarkan dari acuan.  Deko ikut suka.





Wednesday, September 16, 2015

Tip Untuk Membuat Roux (RU) dan White Sauce

sumber : Mamak Haji


1.Roux (Ru) ia lah tepung gandum dan lemak dimasak sekali untuk gunakan sebagai pemekat sos. Lemak dalam masakan Perancis bermakna "butter". Tetapi dalam masakan lain mungkin mereka gemar gunakan lemak khinzir (lard) atau pun minyak sayuran seperti majerine atau pun minyak masak kerana kalau gunakan "butter", butter itu kena clarified dulu.


2. Roux digunakan sebagai pemekat sos pada 3 jenis ibu sos masakan Perancis, yang perlukan roux ini, Bechamel sauce, veloute sauce dan espagnole sauce.

3. kadar untuk tepung gandum (serba guna) dan Butter ialah dalam nisbah 1 : 1 ..kalau butter 2 sudu besar dan tepung pun 2 sudu besar juga.

4. Roux ini biasanya dibuat tiga warna Light Roux (ru ringan seperti putih, blond roux (ru perang) dan Roux berwarna itam.

5. Jumlah sukatan stok ayam atau stok tulang lembu untuk dijadikan kecairan sos biasanya 4X dari sukatan kiraan jumlah butter dan tepung. Contohnya: Kita gunkan 2 sudu besar Butter dan 2 sudu besar Tepung (2+2) X 4 = 16 sudu besar (1 cawan) air stok (rebusan tulan ayam atau lembu). Faham yea.

6. Biasanya "butter tulin" tidak boleh digunakan dalam masak tepung ini, kerana butter cepat bakar bila dikenakan haba tinggi atau terlalu lama masak kerana pepejal susu yang terdapat dalam butter itu akan hangus cepat. Oleh kerana sebab ini, butter yang digunakan biasanya di clarify dulu untuk mengekalkan haruman butter dalam pembikinan sos ini. Minyak sapi ada lah butter clarify tetapi bau minyak sapi yan kita beli itu biasanya bagi mamak haji tak berikan aroma sebenar butter..mamak haji tak tahu kenapa?.

7. Butter clarified ini kita boleh sediakan dengan panaskan butter tanpa garam dalam kuali dengan api dapur rendah low (atau cara renehan / simmering). Bila butter ini cair ia akan hasilkan bueh dipermukaan. Kelurkan bueh-bueh dengan senduk. Tapi jangan buang bueh ini, boleh digunakan dalam masakan lain seperti buat roti. Semakin lama butter ini dipanaskan, semakin banyak bueh terhasil dan kita boleh dengar bunyi letup-letupan kecil dan memercik butter panas ini, anda perlu awas yea. Bila bunyi ini berhenti anda boleh tutup api dapur, Keluarkan kuali dan tapis minyak butter ini. Minyak terhasil ini lah digelar, "Clarified Butter".

Monday, September 14, 2015

Apam Tepung Gandum


Dah banyak kali cuba buat apam ni..akhirnya terima kasih kepada kawanku Oni yang sudi kongsikan resipi ini...



3 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula merah
1 1/4 cawan air

Untuk buat yis :
1 sb yis
1 st gula pasir
1/3 cawan air suam

1.  Satukan air suam, yis dan gula pasir.  Biar ia naik berbusa.
Kalau dah 10 minit tak ada apa-apa perubahan, buat yang lain.




2.  Masuk air, gula merah dan daun pandan dalam periuk.  Masak hingga gula hancur.  Tapis dan sejukkan.   Suam-suam pun boleh juga.

3.  Masukkan yis yang telah kembang itu ke dalam tepung gandum. Gaul-gaulkan sedikit.  



4.  Lepas tu masukkan air gula merah.  Gaul lagi hingga sebati.



5.  Peringatan :  Adunan ni sememangnya pekat macam dalam gambar ni...bukan cair macam adunan apam tepung beras.



Lagi satu, kalau tak nak guna gula merah atau gula melaka, boleh guna pewarna lain dan gula pasir.  Kalau nak apam warna putih, gunakan gula pasir sahaja.  

Kalau yang macam nenek-nenek kita buat dulu, apam tepung gandum ni ada 2 warna sahaja iaitu putih atau coklat (gula merah).

5.  Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan tadi ke dalamnya.  Biarkan adunan naik mengembang dalam loyang.
Untuk proses ni kadang-kadang kena tunggu sampai 2 atau 3 jam. Kadang-kadang sekejap aje dah naik.  




7.  Bila adunan tadi dah mengembang, nampak macam lubang-lubang terus kukuskan lebih kurang 40 minit.  Sebelum itu didihkan dulu air dalam pengukus.



Sukatan adunan ini sepatutnya gunakan 2 biji loyang saiz 7".  Disebabkan aku gunakan 1 loyang aje makan apam ni jadi tinggi macam kek pulak.  

Semasa mengukus boleh tutup permukaan loyang dengan wrapping plastik bagi mengelakkan wap jatuh atas kuih.  Kalau tidak, ia akan jadi berkedut-kedut macam yang aku buat ni.

Tips :  Kalau nak kelapa parut tu tahan lama, kukus sekejap dalam 3-5 minit.






Saturday, September 12, 2015

Kerabu Belimbing Buluh dengan Daun Selom



1 ekor ikan kembong 
1 biji cili merah - dicincang halus
3 sb santan pekat
1 sb kerisek
1 biji limau nipis 
garam secukup rasa

Bahan yang perlu dihiris :
5 biji buah belimbing buluh 
100 gm daun selom
1/2 biji bawang besar
3 biji cili padi
2 batang serai
1/2" lengkuas muda



1.  Ikan kembong dibakar dan dicarik isinya. 

2.  Campurkan bahan hiris, ikan, cili merah dan kerisek.  

3.  Kemudian masukkan garam, santan dan jus limau.  Gaul rata.




Saturday, September 5, 2015

Pais Ikan Bilis Basah




30 ekor ikan bilis basah/putih
5 biji cili padi - ditumbuk
2 biji cili merah - ditumbuk
3 batang serai - ditumbuk
1 helai daun kunyit - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1/4 cawan kelapa parut 
garam
daun pisang 
lidi pencucuk

1.  Ikan dibersihkan dan dibuang tulang-tulangnya.  Belah dua ikan itu dari bahagian perutnya.  Keluarkan tulangnya.



2.  Gaulkan ikan dengan bahan tumbuk, bahan yang dihiris, kelapa dan garam.

3.  Daun pisang dipotong lebih kurang 7", lap dan layurkan atas api.  Letakkan campuran ikan tadi atas daun pisang dan bungkus ikut suka hati.  Aku bungkus macam bungkus kuih bongkok dan sematkan dengan lidi pencucuk di tepinya.  




4.  Panggangkan bungkusan itu di atas api dapur ataupun dalam oven.  Kalau atas api dapur, pais tu agak kering sikit tapi jika dipanggang dalam oven, ia agak juicy sedikit.








Tuesday, September 1, 2015

Rupa Fizikal Kaabah

Bahagian Luar


Bentuk Ka’bah kira-kira segi empat, dibangun dengan batu biru yang keras. Tingginya sampai 15 m. Panjang sisi tempat pancuran air mizab dan sisi depannya adalah 10,1 m. Panjang sisi tempat pintu Ka’bah dan belakangnya adalah 12 m. Pintu Ka’bah setinggi 2 m dari lantai, naik dengan menggunakan tangga seperti tangga mimbar. Saat ini, tangganya terbuat dari kayu berlapis perak yang dihadiahkan oleh salah seorang pengusaha India ke Ka’bah. Tangga tersebut tidak diletakkan di dekat Ka’bah kecuali jika pintu itu akan dibuka untuk kunjungan dalam waktu-waktu tertentu. Tidak lebih dari 15 kali setahun.

Mengenal Ka’bah

Di sudut sebelah kiri pintu Ka’bah, terdapat Hajar Aswad. Tingginya 1,5 m dari atas lantai thawaf. Orang Arab menyebut sudut (rukun) Ka’bah sesuai arah kemana rukun itu menghadap. Yang menghadap ke Utara dinamai rukun Irak. Yang menghadap ke Barat dinamai rukun Syam. Ke Selatan rukun Yamani. Dan yang ke Timur dinamai rukun Hajar Aswad karena Hajar Aswad berada di sudut tersebut.

Hajar Aswad adalah sebuah batu mengkilat berbentuk oval tidak beraturan. Warnanya hitam kemerah-merahan. Di batu itu terdapat warna merah dengan garis-garis kuning bekas penempelan potongan-potongan Hajar Aswad yang pecah. Diameternya kurang lebih 30 cm. dan dikelilingi dengan bingkai perak setebal 10 cm.

Pancuran yang muncul dari atas atap di bagian tengah dinding rukun utara dan rukun barat adalah mizab rahmah. Mizab ini dibuat oleh al-Hajjaj bin Yusuf dengan tujuan agar air tidak tergenang di atap Ka’bah. Pada tahun 959 H, Sultan Sulaiman al-Utsmani mengganti ujungnya dengan bahan perak. Kemudian pada tahun 1021 H, Sultan Ahmad al-Utsmani mengganti ujungnya dengan perak berukir yang ditulis dengan tinta biru berselang-seling emas. Pada tahun 1273 H, Sultan Abdul Majid al-Utsmani mengirim pancuran air yang seluruhnya terbuat dari emas. Mizab atau pancuran air itulah yang ada sampai sekarang ini.

Di depan mizab terdapat al-hatim. Yaitu bangunan melengkung setengah lingkaran yang kedua ujungnya berada di rukun utara dan barat dengan jarak 2,3 m. Tingginya 1 m dan tebalnya 1,5 m. Bagian ini dibeton dengan batu pualam berukir. Dan di sepanjang bagian atas terdapat tulisan yang dipahat. Jarak dari tengah dinding bagian dalam ke dinding Ka’bah 8,44 m. Ruang yang ada di antara keduanya disebut Hijir Ismail. Tiga meter dari ruang ini, pada masa Nabi Ibrahim ‘alaihissalam termasuk bangunan Ka’bah. Ada yang menyatakan bahwa Hajar dan Ismail dimakamkan di tempat ini.

Bahagian Dalam


Gambar 1

Gambar 1: Salah satu rukun atau sisi Ka’bah al-Musyarrfah. Tampak di bagian atas bagian kain kiswah dalam yang khusus untuk Ka’bah.


Gambar 2

Gambar 2: Lemari di dalam Ka’bah. Posisi lemari ini tepat berada di depan pintu Ka’bah –jika dilihat dari bagian dalam. Di atasnya biasa diletakkan alat pewangi dari asap kayu gaharu yang khusus untuk mengharumi ruangan Ka’bah. Biasanya hal ini dilakukan setelah prosesi pencucian Ka’bah. Di dalam lemari ini juga tersimpan semacam kapur pewangi yang beraroma mawar untuk membaluri dinding Ka’bah agar tetap wangi. Hal itu juga dilakukan setelah dinding-dinding Ka’bah dicuci dengan air zam-zam yang dicampuri dengan air mawar.


Gambar 3

Gambar 3: Ini adalah tempat shalat Rasulullah ï·º ketika beliau memasuki Ka’bah yang mulia. Raja-raja, gubernur-gubernur Mekah al-Mukaramah, atau tamu kerajaan selalu shalat di tempat ini sebelum memulai prosesi pencucian Ka’bah yang mulia. Mungkin setelahnya bisa jadi orang-orang yang turut serta dalam prosesi pencucian Ka’bah atau masyarakat biasa ikut shalat pula di tempat ini. Kita memohon kepada Allah termasuk orang-orang yang mendapatkan keutamaan itu.


Gambar 4

Gambar 4: Bagian kecil di dinging Ka’bah berupa batu tertentu. Posisinya menghadap tempat shalat Nabi ï·º tadi. Pada batu tersebut tertulis kalimat “laa ilaaha illallaah, Muhammad rasulullah”.


Gambar 5

Gambar 5: Sebuah pintu yang terdapat di dalam Ka’bah. Pintu ini bukanlah pintu utama Ka’bah. Pintu ini dinamakan pintu taubat. Di dalam pintu tersebut terdapat tangga menuju kea tap Ka’bah.



Gambar 6

Gambar 6: Tiga buah tiang di dalam Ka’bah. Tiang ini terbuat dari kayu yang terbaik dan disepuh dengan emas murni. Bagian atasnya terlihat kain kiswah bagian dalam yang berwarna hijau. Tampak juga pada gambar ini lampu-lampu kecil, tempat pengasapan kayu gaharu, dan wadah-wadah. Benda-benda tersebut adalah hadiah pemberian dari para khalifah, para sultan, para amir, dan para raja sepanjang sejarah Islam untuk Ka’bah yang mulia.



Gambar 7

Gambar 7: Terlihat 3 tiang lainnya yang berada di dalam Ka’bah. Tiga buah tiang yang terbuat dari kayu yang terbaik dan disepuh dengan emas murni. Tampak pada gambar pintu masuk Ka’bah atau dikenal dengan Pintu Ka’bah. Pada gambar ini juga terlihat lemari yang berada di depan Pintu Ka’bah dan di atasnya terdapat alat untuk pengasapan kayu gaharu. Yang digunakan untuk mengharumkan ruang dalam Ka’bah.

Sumber Gambar: Facebook Syaikh Muhammad bin Umar Bazmul