Monday, September 14, 2015

Apam Tepung Gandum


Dah banyak kali cuba buat apam ni..akhirnya terima kasih kepada kawanku Oni yang sudi kongsikan resipi ini...



3 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula merah
1 1/4 cawan air

Untuk buat yis :
1 sb yis
1 st gula pasir
1/3 cawan air suam

1.  Satukan air suam, yis dan gula pasir.  Biar ia naik berbusa.
Kalau dah 10 minit tak ada apa-apa perubahan, buat yang lain.




2.  Masuk air, gula merah dan daun pandan dalam periuk.  Masak hingga gula hancur.  Tapis dan sejukkan.   Suam-suam pun boleh juga.

3.  Masukkan yis yang telah kembang itu ke dalam tepung gandum. Gaul-gaulkan sedikit.  



4.  Lepas tu masukkan air gula merah.  Gaul lagi hingga sebati.



5.  Peringatan :  Adunan ni sememangnya pekat macam dalam gambar ni...bukan cair macam adunan apam tepung beras.



Lagi satu, kalau tak nak guna gula merah atau gula melaka, boleh guna pewarna lain dan gula pasir.  Kalau nak apam warna putih, gunakan gula pasir sahaja.  

Kalau yang macam nenek-nenek kita buat dulu, apam tepung gandum ni ada 2 warna sahaja iaitu putih atau coklat (gula merah).

5.  Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan tadi ke dalamnya.  Biarkan adunan naik mengembang dalam loyang.
Untuk proses ni kadang-kadang kena tunggu sampai 2 atau 3 jam. Kadang-kadang sekejap aje dah naik.  




7.  Bila adunan tadi dah mengembang, nampak macam lubang-lubang terus kukuskan lebih kurang 40 minit.  Sebelum itu didihkan dulu air dalam pengukus.



Sukatan adunan ini sepatutnya gunakan 2 biji loyang saiz 7".  Disebabkan aku gunakan 1 loyang aje makan apam ni jadi tinggi macam kek pulak.  

Semasa mengukus boleh tutup permukaan loyang dengan wrapping plastik bagi mengelakkan wap jatuh atas kuih.  Kalau tidak, ia akan jadi berkedut-kedut macam yang aku buat ni.

Tips :  Kalau nak kelapa parut tu tahan lama, kukus sekejap dalam 3-5 minit.






No comments:

Post a Comment