Lama dah tak makan urap ni. Hari tu masa balik Melaka singgah kat pasar Melaka, ada pulak 1- 2 gerai yang jual sayur ni tapi tak banyak.
Selalunya sayur beremi ni dibuat urap aje. Ada juga yang goreng dan dibuat masak lemak. Sayur beremi ni rasanya pahit-pahit sikit tapi sedap.
Ambillah pucuk-pucuk yang lembut batangnya. Bersihkan betul-betul dan rendam sekejap dalam air garam dan toskan. Kemudian dipotong kecil-kecil.
300 gm sayur beremi
3/4 cawan kelapa parut putih
1/4 biji bawang besar
1 batang serai
1 biji limau kasturi
1/4 st serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Bahan tumbuk :
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
1. Sayur beremi dipotong atau dipatahkan bahagian yang lembut dalam 1/2" panjang. Bersihkan dan rendam sekejap dalam air garam. Toskan.
Serai dihiris bahagian putihnya yang lembut sahaja. Limau kasturi diambil jusnya. Bawang besar dihiris. Boleh juga gunakan bawang merah dan ditumbuk sekali dengan cili.
2. Masukkan bahan tumbuk, kelapa, bawang besar, serai dan serbuk kunyit dalam kuali. Sangaikan sekejap sambil digaul hingga sebati. Masukkan sedikit jus limau kasturi bagi mendapatkan sedikit keharuman kasturi itu. Kelapa tu janganlah sampai terlalu kering.
2. Kemudian masukkan sayur beremi, garam dan gula. Gaulkan hingga sebati dan sayur layu sedikit. Tutup api.
3. Masa menghidang tu, taburkanlah sedikit bawang goreng jika mahu. Urap Beremi ni sedap dimakan dengan asam pedas.
No comments:
Post a Comment