Thursday, February 4, 2016

Kari Jantung Pisang



1 biji jantung pisang
1 biji kelapa parut - diperah dengan 2 cawan air
3 sb rempah kari
2 tangkai daun kari
3 sb minyak masak
garam

Bahan tumbuk :
2 sb udang kering
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1" halia
1" belacan

1.  Jantung pisang dibuang kelopak luarnya, ambil bahagian dalam yang putih.  Dihiriskan sambil direndam dalam air garam bagi mengelakkan ia menjadi lebam.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.  

3.  Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama daun kari.   Goreng sekejap.

4.  Masukkan santan dan jantung pisang yang telah ditoskan air rendamannya.  Masak hingga mendidih sambil dikacau-kacau.  Masuk garam dan didihkan sekali lagi.  Tutup api.





Siapa Penduduk Bumi Sebelum Nabi Adam a.s.


Jom kenali siapakah penduduk bumi sebelum Nabi Adam a.s.   Kenali makhluk-makhluk yang menghuni & melata di seluruh planet bumi sebelum era anak-anak Adam berkuasa.










Tuesday, February 2, 2016

Biskut Tart Puri Epal



Puri Epal :
2 biji epal hijau
1 sb butter
2 sb gula pasir

1.  Epal didadu.

2.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk/pan.  Masak hingga epal lembut atau hingga boleh dilecek.

3.  Jika gunakan pengisar, masukkan epal yang dimasak itu ke dalam pengisar dan dikisar hingga menjadi puri epal.


Bahan untuk membuat pastry :
3 cawan tepung gandum
1/2 st baking powder
1/4 st garam
3/4 cawan butter
1 cawan gula
2 biji telur
1 st esen vanila
1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan

1.  Pukul gula dan butter hingga kembang.

2.  Masuk telur dan vanila.  Pukul lagi.

3.  Masuk tepung, garam dan baking powder.  Gaul dan ulikan hingga menjadi doh.  Bahagi 2 doh itu.  Balut dengan wrapping plastic berasingan dan simpan dalam fridge lebih kurang 15 minit.

4.  Canaikan doh-doh itu berasingan 1/4" tebal dan lebih kurang 10" lebar.

5.  Satu keping dipotong jalur-jalur lebih kurang 1/2" lebar.  Satu keping lagi disapukan di permukaannya dengan puri epal.



6.  Lepas itu ambil jaluran-jaluran itu dan disilangkan di atas puri epal tadi.  Suka hatilah macamana nak susun jaluran itu.

7.  Kemudian diterap dengan acuan bulat berukuran 3".


Lebihan pastry yang diterap itu tidak perlu dibuang.  Sapukan juga dengan telur dan dibakar.
Bolehlah untuk makan sendiri, bentuknya sahaja yang tidak sempurna.

8.  Susunkan di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan butter/planta atau dialas dengan baking paper.  Akhir sekali sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit.

9.  Bakar 10-12 minit pada suhu 375F.