Bahan A:
1 ekor ikan kembong
2 ekor sotong besar
4 ekor udang besar
2 ulas bawang putih
1 st serbuk lada sulah
1/4 biji bawang besar
1 biji putih telur
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sb minyak masak
1 st garam
1 st gula
1 cawan minyak untuk menggoreng
1. Ikan, udang dan sotong dipotong kecil.
2. Masukkan semua bahan kecuali minyak untuk menggoreng itu ke dalam pengisar dan dikisar hingga halus.
3. Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan itu dan dileperkan di atas apa-apa bekas yang leper. Lepas tu dengan menggunakan pisau, gulungkan ia dan lurutkan ke dalam minyak panas. Gorengkan hingga garing.
4. Sedap dimakan dengan sos.
1 uncang teh
500 ml air panas
2 sb gula atau 1 sb madu
Hirisan lemon
Masukkan teh, air panas dalam jug. Masuk gula atau madu. Hiaskan dengan hirisan lemon...boleh minum suam atau sejuk. Senang je kann...hehehe
500 gm keledek
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sb tepung sagu ubi
1 st serbuk kunyit
1 cawan air
3 sb bijan
1 sb air kapur
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng
1. Keledek dipotong nipis. Lagi nipis lagi sedap tapi memang agak payah nak potong nipis sebab keledek ni keras. Dibasuh dan ditoskan.
2. Tepung beras, tepung gandum, tepung sagu dan serbuk kunyit dicampur dengan air, air kapur dan garam. Gaul hingga sebati dan menjadi beter yang pekat dan licin.
3. Kemudian masukkan bijan dan digaul rata.
5. Akhir sekali masukkan keledek tadi. Gaulkan keledek agar bersalut dengan beter itu.
6. Ambil sekeping-sekeping lalu digoreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga garing.
Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sambal cili kicap.