Monday, September 16, 2013

Ayam Paw




1/2 ekor ayam
2 cawan santan
1" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - dihiris
10 ulas bawang merah - dihiris dan dibuat bawang goreng
2 tangkai daun bawang - dipotong 1"
2 tangkai daun sadri - dipotong 1"
1 biji limau nipis - ambil jus
3/4 cawan minyak
garam secukup rasa

Bahan kisar :
10 tangkai cili kering atau 2-3 sb cili kisar. 
1st jintan manis
8-10 ulas bawang putih 
1/2 " halia
1" lengkuas
1/2 biji buah pala

1.  Ayam dipotong ikut suka dan dilumur dengan kunyit dan garam. Gorengkan separuh masak.  Ketepikan.


Kalau tak hendak digoreng pun boleh juga tapi masukkan ayam itu semasa tumisan bahan kisar hampir garing.

2.  Kurangkan sedikit minyak menggoreng ayam tadi (kalau guna ayam goreng lah).  Tumis kulit kayu manis dan buah pelaga.  Bila dah naik bau, masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing. Cili kering atau cili kisar tu boleh dikurangkan jika tidak mahu terlalu pedas.

3.  Lepas tu masukkan santan.  Bila mendidih, masuk bawang besar, ayam, garam, daun bawang dan daun sadri.  Bila bawang besar dah nampak layu, masukkan jus limau dan bawang goreng. Biarkan sekejap baru ditutup api.



Thursday, September 5, 2013

Kari Beras Goreng


Teruja pulak bila aku tengok tajuk kari ni kat Azie Kitchen dan Spices Journey.  Tu yang rasa nak cuba buat.  Apa agaknya rasanya.


Kari ni cepat pekat especially bila dah sejuk disebabkan penggunaan beras goreng itu.  Tentang rasa, memang lain sangat. Bila orang kat rumah makan.....perkataan pertama "kari apa ni?"....Sebab tak nak banyak cerita, aku pun jawab "kari penang, makan ajelah.  apasalahnya tukar rasa sikit?"  Terus senyap dan terus sambung makan.

Mungkin kalau orang yang dah biasa makan kari biasa tu memang tak berapa gemar kot dengan kari ni terutama bila asyik terkunyah rempah halba campur tu.  

Kari ni sedap juga dibuat cicah roti canai ke, jemput-jemput ke atau roti biasa.

1 ekor ikan bawal
3 sb rempah kari
1 sb cili kisar
1 sb halba campur**
1 st serbuk kas-kas
1/2 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1/2" halia - ditumbuk atau dihiris halus
2 biji cili hijau
1/4 cawan santan
1 sb beras 
3 tangkai daun kari
500 ml air
1/4 cawan minyak
asam jawa ikut tahap rasa masam yang disukai
garam secukup rasa

**Halba campur : 1 sb halba, 1 sb jintan putih dan 1 sb biji sawi disatukan.  Jika lebih boleh disimpan untuk kegunaan akan datang.

1.  Beras digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan dikisar halus.  Ketepikan.


2.  Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.


3.  Masukkan halba campur, kas-kas dan daun kari.  Tumis lagi hingga bawang nampak garing/keperangan.  


4.  Rempah kari dicampurkan dengan cili kisar dan dibancuh dengan sedikit santan cair.  Masukkan dalam bahan yang ditumis itu dan digoreng hingga garing dengan menggunakan api perlahan. Lepas itu masukkan beras goreng yang dikisar tadi dan ditumis lagi sekejap.


5.  Masukkan asam jawa yang diramas bersama santan, air secukupnya dan garam.  Biarkan hingga menggelegak dan pecah minyak.

6.  Akhir sekali masukkan sayur bendi atau terung (kalau ada) dan ikan.  Besarkan sedikit api. Bila ikan dah masak, tutup api dan barulah aku masukkan cili hijau yang dipatah-patahkan sebab aku tak nak cili tu jadi lembik.



Saturday, August 31, 2013

Daging Goreng Jintan



300 gm daging  
1 cawan air
2 sb kicap 
2 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
4 biji cili padi - diketuk
garam secukup rasa

Bahan kisar/tumbuk :
1 biji bawang besar
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
1 sb ketumbar
1/2 sb lada hitam
1" kunyit hidup
1 biji cili merah
3 biji cili padi

1.  Daging dipotong nipis dan dimasukkan dalam periuk bersama air dan rebus hingga daging empuk.  Toskan.  Air rebusan daging boleh disimpan untuk kegunaan lain.


2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk dan serai hingga naik bau.  




3.  Masukkan daging.  Masak hingga daging sebati dengan bahan tumisan.  

4.  Akhir sekali masukkan kicap, daun limau, cili padi dan garam.  Gaul-gaulkan sekejap dan tutup api.