Monday, December 10, 2012

Soto Ayam Madura




Bahan untuk sup :
200 gm isi ayam
1 liter air
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sb ketumbar biji
2" kunyit hidup
1/4 st serbuk lada sulah
2" halia
2" lengkuas
2 batang serai
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Isi soto :
100 gm tauge
100 gm soun
300 gm kentang
1 biji telur rebus
2 pokok daun sup 
5 biji cili padi
Carikkan isi ayam

1.  Isi ayam direbus bersama air hingga mendidih dan ayam masak.  Lepas itu asingkan isi ayam dan air rebusan ayam.  Isi ayam itu dicarik-carikkan.  Air rebusan ayam itu disimpan untuk buat sup.



2.  Bawang merah, bawang putih, ketumbar biji dan serbuk lada sulah dikisar halus.  Haliaa, lengkuas dan serai dititik.  

3.  Tauge disiram dengan air panas.  Soun dicelur dan ditoskan.  Kentang dipotong nipis, digoreng dan ditoskan.  Daun sup dihiris.  Cili padi dihiris.



4.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.  



5.  Masukkan halia, lengkuas, serai, daun salam dan daun limau purut.  Tumis lagi hingga pecah minyak.

6.  Masukkan pula air rebusan ayam dan garam.  Bila mendidih, tutup api.



7.  Masa menghidang, letakkan sedikit soun dan tauge ke dalam mangkuk.  Tuangkan sup soto.  Kemudian letakkan kentang goreng, telur rebus, daun sup dan cili padi.




Tips Menyimpan Telur

Lagi tips tentang telur.  

Telur perlu diletak pada cara yang betul agar ia tidak rosak sebelum waktunya.  Kalau kita perhatikan rupa bentuk telur, ia mempunyai bentuk yang agak besar di satu bahagian yang disebut bahagian kepala.  

Manakala bahagian yang agak mengecil sedikit seperti bentuk V disebut bahagian kaki.  

Jika diletak di dalam bekas telur atau dalam peti ais, bahagian kepalanya mestilah di sebelah atas...taklah tunggang-terbalik.

Tapi kalau nak letak berterabur macam ni, ok jugak kalau dah banyak.


                                   

Tips Merebus Telur


Merebus telur....bunyinya macam senang aje kan?  Bila masa mengupas telur dan kulit telur melekat sampai dah tak ada rupa telur lagi mulalah bengang sendiri dan bertanya macamana nak buat supaya telur rebus senang dikupas dan cantik rupanya.  Jom kita kongsi sama-sama tips ini.

1.  Sebaiknya digunakan telur yang dah hampir expired.  Maksudnya telur yang telah berusia hampir 2 minggu.  Menurut info yang aku dapat, telur fresh juga adalah salah satu sebab telur rebus susah dikupas.

2.  Masukkan telur dalam bekas merebus.  Kemudian masukkan air paip.  Paras air mestilah lebih kurang 1" dari paras telur.  Kalau air terlalu banyak, telur itu akan berlaga-laga semasa mendidih.

3.  Masukkan beberapa biji beras.  Ini adalah salah satu cara nak tahu kalau telur rebus tu dah masak atau belum berpandukan pada beras itu yang sudah jadi nasi.  Jika nasi itu tidak terlalu kembang, maknanya telur rebus itu akan lembut aje isinya.  Jika nasi itu nampak terlalu kembang, itu tanda telur rebus itu sudah terlalu masak dan isinya akan terlalu pejal.

4.  Bila air rebusan telur itu sudah mendidih ataupun telur rebus itu sudah masak, tutup api dan masukkan 1 sudu cuka.  Ini dapat membantu melongkahkan kulit telur.  Tutup semula periuk dan biarkan  dalam 10 minit.

5.  Sambil itu sediakan satu bekas lain yang berisi air paip/air sejuk.  Kemudian dialihkan telur rebus tadi ke dalam bekas itu.  Biarkan sehingga telur sejuk sebelum dikupas.  Menurut info yang aku dapat, sulfur yang terdapat pada putih telur akan bertindak secara kimia jika panas berterusan semasa proses penyejukkkan dan ia akan menwujudkan lingkaran hijau atau kehitaman disekeliling kuning telur.