Saturday, October 13, 2012

Pulut Tetal




2  cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan
garam secukup rasa
4 helai daun pandan 
20 kuntum bunga telang
1 cawan air panas

1.  Bunga telang direndam dengan air panas mendidih.  Biarkan hingga air bertukar biru.  Kalau nak cepat, rebus aje bunga telang tu.  Sejukkan.  Bunga telang tu sebaiknya gunakan lebih kurang 30 kuntum untuk dapat warna yang lebih cantik.  





2.  Pulut dibahagi dua.  1 cawan direndam dengan air bunga telang tadi.  1 cawan lagi direndam dengan santan.  Rendam pulut tu lebih kurang 2-4 jam.  





3.  Masukkan pulut putih dan daun pandan ke dalam bekas yang berlubang kecil-kecil.  Letakkan bekas itu dalam periuk kukus yang sedang mendidih airnya.  Kukus pulut itu selama 15 minit atau hingga pulut masak dan berkilat.  



Keluarkan pulut itu dan gaulkan dengan santan pekat yang telah dicampur dengan garam.  Gaul rata-rata.  Biarkan pulut itu dalam 10 minit.    

Kemudian kukus semula pulut itu lagi hingga masak.  Tak perlu kukus lama sangat nanti pulut jadi lembik dan rasa lemaknya hilang.



4.  Sementara itu kukus pula pulut biru tadi bersama daun pandan hingga masak dan berkilat kira-kira 15 minit.  

Lebihan air bunga telang yang direndam pulut itu jangan dibuang.  Campurkan santan ke dalam baki air rendaman bunga telang itu.  Masukkan garam.  Gunakan untuk disiram atas pulut biru yang dikukus itu jika pulut itu masih keras.  

Keluarkan pulut itu dan masukkan santan tadi sedikit demi sedikit sambil digaul rata.  Biarkan dalam 10 minit supaya santan meresap ke dalam pulut.  

5.  Kemudian letakkan pulut putih dan pulut biru itu dalam loyang dan kukus semula pulut itu hingga betul-betul masak.  



6.  Selepas itu gaulkan pulut putih dan pulut biru itu perlahan-lahan.  Ambil loyang dan alaskan dengan daun pisang atau plastik.  Masukkan pulut tadi.  Tekan-tekankan pulut supaya rata.  Tutup permukaan pulut dengan daun pisang atau plastik dan tekan-tekankan pulut hingga padat.  Sebaiknya dihempap dengan lesung batu atau apa-apa benda berat yang sepadan. 

6.  Bolehlah dipotong pulut itu ikut suka.  Pastikan potong kuih dengan pisau plastik.



Pulut ini boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama serikaya atau pengat pisang.

Aku lebih suka makan begitu sahaja, yang pasti ia mesti cukup lemak dan rasa garamnya.






Crusty Rusty Bread



3 1/2 cawan tepung gandum
1 st garam
1 1/2 st yeast
1 1/2 cawan air suam (110 degree)

1.  Campurkan tepung gandum, garam dan yeast dalam mangkuk adunan.  Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.  Tutupkan mangkuk adunan itu dengan plastic wrap dan biarkan ia naik sekali ganda.


2.  Kemudian ditumbuk adunan itu di bahagian tengah bagi   mengeluarkan angin dan diuli lagi sambil ditambah sedikit tepung sehingga menjadi doh yang lembut. Tak perlu diuli terlalu lama sampai nak keluar muscle.  Aku uli adalah dalam 5 minit aje.  Doh ini memang amat lembut.



3.  Kemudian letakkan doh itu di atas baking pan.  Tutupkan dengan plastic wrap dan biarkan doh naik sekali ganda.


Kaedah lain yang boleh digunakan ialah di step No. 1 tadi selepas diwrap dengan plastik, terus disimpan di dalam peti sejuk semalaman.  Keesokkannya, keluarkan doh itu dan uli lagi di atas papan pencanai yang ditabur tepung.  Uli hingga menjadi doh yang bulat dan lembut.  Teruskan dengan step No. 3 dan step seterusnya.


4.  Panaskan oven pada suhu 170C.   Setelah doh itu siap untuk dibakar, sapukan sedikit tepung gandum di atas permukaan doh. Kemudian kelarkan sedikit permukaan doh dengan pisau tajam.


5.  Bakar roti selama 30 minit atau hingga nampak warna kecoklatan.  Biarkan sehingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.


Permukaan roti memang sedikit keras dan liat semasa panas tapi ia akan lembut bila dibiarkan semalaman.  Bahagian dalamnya memang amat lembut.  

Roti sebegini selalunya lebih digemari oleh orang arab dan orang putih.



Serikaya




3 biji telur
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan
1 cawan gula
2 sb tepung jagung + sedikit air
1 cawan air

1.  Pukul 1/2 cawan gula dan telur sekejap.  Masukkan dalam periuk bersama santan, bancuhan tepung jagung dan air.  Gaul rata.



2.  Masak 1 cawan gula pasir dalam periuk berasingan.  Jadikan gula hangus.   Bila gula sudah cair dan nampak kekuningan, masukkan terus ke dalam adunan tadi.  



3.  Masakkan adunan itu hingga likat sambil dikacau-kacau selalu.



Serikaya ni boleh dimakan dengan roti, pulut tetal, chakoi atau apa saja yang disukai.