1/2 biji kelapa parut
1 helai daun kunyit
1 st gula pasir
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan kisar :
4sb udang kering - disangai dulu
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 batang serai
2" kunyit hidup
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
2. Masuk daun kunyit, gula pasir, garam dan kelapa. Gaul rata dan masak hingga kelapa itu kelihatan kering tapi lembab sedikit. Jangan terlalu kering berderai.
Cara sediakan pulut :
1 cawan beras pulut
1 cawan santan
garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1. Rendam beras pulut lebih kurang 4 jam ataupun semalaman.
2. Panaskan pengukus hingga airnya mendidih. Masukkan beras pulut, santan, garam dan daun pandan dalam loyang. Santan itu mestilah separas dengan beras pulut.
3. Kukuskan beras pulut itu hingga masak. Gaul-gaulkan beras pulut itu satu atau dua kali semasa dalam proses mengukus itu biar santan bergaul rata.
4. Masukkan sedikit serunding kelapa ke dalam bekas kecil seperti acuan kuih lompang. Kemudian masukkan pulut secukupnya. Tekankan sedikit dan tangkupkan atas daun pisang. Bungkuskan dan dah boleh dihidangkan.
Laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
garam secukup rasa
1. Gaul semua bahan hingga sebati.
2. Sapu loyang dengan sedikit minyak supaya laksam tidak melekat.
3. Ambil 3/4 cawan adunan tadi dan tuang dalam loyang 7" cukup
menutupi permukaan dasar loyang. Kemudian dikukus.
Sekejap aje nak mengukusnya.
4. Bila masak, keluarkan loyang dari kukusan dan terus gulung
dalam loyang tu. Potong-potongkan laksam itu.
Kuah Laksam
4-5 ekor ikan selayang - direbus dan dibuang tulang
1" halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb lada hitam
700 ml santan pekat
1 keping asam-keping
2 tangkai daun kesum
garam secukup rasa
1. Kisar ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
2. Masuk semua bahan dalam periuk dan masak kuah laksam itu.
3. Bila kuah dah mendidih dan hampir pekat, masukkan daun
kesum. Daun kesum tu boleh juga dihiris dan dibuat ulam.
Sambal
5 biji cili merah
1 sb belacan
garam secukup rasa
2 biji limau kasturi
Tumbuk cili merah, belacan dan garam. Perahkan jus limau.
Ulam-ulaman
Timun
Kacang botol
Tauge
Bawang besar
Limau kasturi
Masukkan sedikit laksam ke dalam mangkuk. Letak tauge, bawang besar, kacang botol dan timun. Tuangkan kuah laksam. Letak sedikit sambal dan perahkan jus limau kasturi.
Kem Kuruskan Badan untuk polis filipina yang gemuk sahaja.
Only for the obese one.
Untuk pastikan mereka ini boleh kekalkan kerja mereka
Mereka mesti kuruskan badan ke satu tahap yang ditetapkan.