Friday, August 6, 2021

Kalau ada lebihan sour cream, cuba buat resipi ni - Yasemin Gotovit



Bahan A:
100 gm walnut cincang
1 st butter
2 sb gula perang
1/2 biji putih telur

1.  Campurkan semua bahan dan digaul rata.



Bahan B :
320 gm tepung gandum
110 gm butter
1 st baking powder
1/2 st serbuk kunyit
2 sb gula icing
1 st esen vanila
1/4 st garam

Bahan C :
1 biji kuning telur
130 gm sour cream

1.  Campurkan semua bahan B.
2.  Gaul dan ramas hingga boleh dikepal.


3.  Kemudian masukkan bahan C.  Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.  Tutup doh dengan kain lembap dan biarkan dalam 30 minit.
4.  Lepas itu bahagi doh kepada bebola sekitar 40 gm sebiji.  
5.  Ambil sebiji bebola itu dan canai dalam 4-5" diameter.  Potong sedikit seperti dalam gambar.


6.  Letakkan 1 sb inti walnut tadi (bahan A) dan letak atas doh tadi.  Kemudian gulungkan bentuk segitiga.  Tengok gambar.  Kemaskan bentuknya.  Buat hingga habis.


7.  Susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit.



8.  Bila hendak dihidangkan, taburkan sedikit gula icing di atasnya.



Rasanya memang sedap.  Pastrinya pula sangat lembut.  Amat sesuai dibuat untuk minum petang.



Kuih Mochi



200 gm tepung pulut
80 gm gula halus
200 ml air
1 sb minyak masak
30 gm tepung sagu
1 helai daun pandan
Inti kacang merah secukupnya

1.  Satukan tepung pulut, gula halus dan air.  Gaulkan hingga sebati.  
2.  Masukkan minyak masak dan gaulkan sedikit saja.  Jangan sampai sebati.  Biarkan saje jika ada kelihatan minyak yang tidak bergaul rata.
3.  Sapukan minyak dalam bekas atau loyang dan tuangkan adunan tadi dalam bekas atau loyang itu.  Kukus adunan itu hingga masak.


4.  Sementara itu, sangai sekejap tepung sagu dengan daun pandan.
5.  Taburkan tepung sagu itu pada tempat mencanai.
6.  Kemudian apabila adunan yang dikukus itu masak, terus tuangkan atas tepung sagu tadi.  Ulikan sedikit adunan itu.  Kalau hendak letak pewarna, gaulkan sebelum adunan itu disalut dengan tepung sagu.
7.  Potong sedikit adunan dan leperkan sedikit.  Saiz ikut suka.
8.  Letakkan inti kacang merah.  Inti kacang merah tu boleh dibeli di kedai bakery atau dibuat sendiri.  Cantumkan kembali adunan itu bentuk bulat.  Bersihkan sedikit tepung sagu yang melekat di permukaan mochi itu dan boleh dihidangkan.






Tuesday, August 3, 2021

Ada Masalah Berat Badan?


Asyik post pasal makan je kan....hari ni aku nak post pasal produk kurus ni.  Bila dah kurus badan kita pun akan rasa lebih sihat.  Macam aku ni dah cuba macam-macam produk untuk kurus untuk detox tapi semua tak jalan.  Pengalaman yang paling menyiksakan ialah bila terlalu kerap nak mendetox sampai rasa tak senang duduk. 

Dengan produk yang aku cuba ni, memanglah kita akan lalui proses detox tapi setakat 2-3 kali aje masa permulaan.  Lepas tu jadi normal 1-2 kali aje.  Yang paling best, berdesup berat badan turun.


Produk ni keluaran Avenys.  Burn Iced Tea (BIT) dan Orange Detox Juice (OJD).  Satu kotak ada 10 sachet.  Sehari ambil satu sachet.  Semestinya ia juga bergantung pada cara pemakanan kita tapi tidaklah terlalu menyiksa diri kena diet gila-gila.  Satu kotak tu boleh turun 1-3 kg.  Cuma kalau korang memang jenis yang menjaga diet, memang lagi lajulah berat akan turun.

Tak menyesal wei kalau sesiapa nak try produk ni.  Korang boleh  wassap 018-3206681 untuk oder dan penerangan.