Tuesday, January 15, 2019

Jangan tuduh ulama bersalah meskipun dipenjara atau dibunuh



Imam Syafi'ie
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi
Ditangkap, dipenjara, dicambuk, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak setuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki
Dicambuk dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.  Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan At Tsauri
Seorang wali Allah yang termasyhur.  Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbun tanah.

Said Bin Jubair
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau.  Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al-Bustami
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah.  Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah.  Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa pun berhasil memancungnya.

Abul Husin An-Nuri
Wali Allah yang mampu menundukkan api.  Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat.  Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Subhanallah Allahu Akhbar La haula wala quwwata illa billah.

قل الحق ولو كان مرا

Katakanlah yang haq walaupun pahit.

Semoga kita diberikan keistiqomahan dalam menegakkan yang haq dan sentiasa mampu mengikut ulama-ulama yang istiqomah dalam berjuang.  Aamiin.

Ulama Warosatul Anbiya.



Saturday, January 12, 2019

Kek Gula Hangus aka Kek Sarang Semut


Tahun 80an dulu kakak aku selalu buat kek ni.  Kalau raya mesti ada kek ni.  Tapi waktu tu aku tak berapa suka sebab kek ni lain macam sikit.  Rasanya pahit-pahit sebab gula yang dihanguskan tu dan rasa kenyal-kenyal sikit.  Sarangnya tu yang buat dia nampak cantik.

Memang itulah sebetulnya rasa dan texture kek ni.  Kalau lembut macam kek biasa, itu tandanya keknya tak jadi ye.  



1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan planta
5 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 st soda bikarbonat



1.  Masuk gula pasir dalam kuali.  Masak hingga gula larut dan bertukar warna menjadi perang.



Masuk air perlahan-lahan dan berhati-hati kerana gula panas itu akan memercik.  Tutup api.



Kemudian masukkan planta/butter dan kacau hingga planta/butter larut.  Sejukkan gula hangus itu.



2.  Pecahkan telur dan kacau dengan whisk perlahan-lahan sehingga bersatu tapi jangan dipukul telur itu.  Cukup sekadar dikacau sahaja.



3.  Lepas itu masukkan susu pekat.  Kacau sikit.

4.  Masuk pula tepung yang telah diayak dengan baking soda.  Kacau hingga sebati. 



5.  Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.  Gaul hingga sebati.



6.  Tuangkan adunan itu ke dalam loyang yang telah disapu planta dan ditabur sedikit tepung atau dialas dengan baking paper.  Untuk adunan ini sebaiknya gunakan acuan 6"x6" biar nampak tinggi sikit kek itu.  Bila dah masukkan adunan dalam loyang kena biarkan adunan itu selama 3-5 jam supaya cantik texture sarangnya nanti.



7.  Panaskan oven pada suhu 170C.  Gunakan api bawah sahaja.  Masukkan loyang adunan tadi dan bakar kek 45 minit.  5 minit terakhir gunakan api atas dan bawah.



8.  Bila kek dah masak, sejukkan kek atas redai dan barulah dipotong.







Wednesday, January 2, 2019

Apam Cornetto




4 biji telur
1 sb ovalette
3/4 cawan gula halus
1st esen vanila
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan aiskrim soda
3 jenis pewarna ikut suka
1/4 cawan badam atau gajus cincang - disangai 
200 gm coklat masakan
kertas bungkus makanan

1.  Setiap helai kertas bungkus makanan dipotong dua memanjang.  Lepas itu setiap bahagian dipotong 3.  Kemudian dijadikan bentuk kon.  Pastikan bahagian bawahnya rapat supaya adunan tidak meleleh keluar.  



Staplerkan dibahagian tepinya supaya tidak terbuka apabila mengukus.  Potongkan lebihan atas kon itu supaya tidak terlalu tinggi dan menghalang semasa menutup periuk kukus.



2.  Pukul telur, ovalette, gula halus dan esen vanila hingga kembang.

3.  Masuk tepung gandum berselang-seli dengan aiskrim soda hingga habis.

4.  Bahagi adunan kepada 3 bahagian.  Setiap bahagian diwarnakan.



5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag.  Masa ini didihkan air dalam pengukus.



6.  Paipkan adunan ke dalam kon itu berselang-selang.  Adunan itu tidak terlalu penuh sebab ia akan naik apabila masak.  Kemudian kukuskan dalam 20 minit.  Jangan kukus terlalu lama nanti permukaannya akan merekah. 



Peringatan :  Periuk kukus selalunya ada 3 tingkat.  Yang paling bawah adalah untuk letak air.  Tingkat yang tengah dan paling atas berlubang-lubang.  

Kon-kon itu nanti letakkan di lapisan periuk yang paling atas sekali.  Lapisan tengah dibiar kosong.  Letakkan kon-kon berisi adunan itu berselang lubang supaya tidak menghalang wap air pengukus naik ke atas.

7.  Bila dan masak, sejukkan apam itu.  Cairkan coklat masakan di atas api menggunakan kaedah double boiler.  

8.  Kemudian masukkan sedikit coklat cair itu dipermukaan apam.  Tabur badam/gajus cincang.  Biarkan coklat keras dan bolehlah dihidangkan.