Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Sunday, May 29, 2011
Thursday, May 19, 2011
Pajeri Terung
2 biji terung
3 sb rempah kari
2" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sb asam jawa + 1 cawan air
2 sb minyak untuk menumis
1 st gula pasir
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia - dihiris
1 sb belacan
1. Terung dibelah dua dan dikelar di bahagian tengahnya supaya rempah meresap ke dalamnya.
2. Bancuh rempah kari dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
4. Masuk bahan tumbuk dan tumis hingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga garing.
5. Lepas itu barulah dimasukkan air asam jawa, terung, garam dan gula. Masak hingga terung lembut.
Labels:
Sayur
Saturday, May 14, 2011
Nasi Goreng Sambal Ketuk
300 gm nasi sejuk
3 sb sambal ketuk (resipi di sini)
200 gm kobis hiris
6 biji fish ball
1 biji telur
3 sb minyak untuk menumis
sedikit kicap lemak manis
garam secukup rasa
1. Panaskan minyak dan masukkan sambal ketuk. Tumis hingga garing.
2. Masuk pula fish ball, kobis dan pecahkan telur. Biarkan telur masak sekejap dan barulah digaul. Masak hingga kobis nampak layu.
3. Kemudian masuk nasi sejuk dan kicap. Gaul hingga nasi dan semua bahan bercampur rata. Masak lebih kurang 5 minit dan masukkan garam. Gaul-gaulkan dan tutup api.
Labels:
Nasi Goreng
Subscribe to:
Posts (Atom)






