Friday, May 13, 2011

Sambal Ketuk




100 gm cili padi hijau (campur merah pun boleh)
5 biji cili merah
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
2" belacan bakar atau digoreng tanpa minyak
1/2 cawan ikan bilis - digoreng garing
1 biji limau nipis diambil jusnya 
1 st minyak zaitun

1.  Cili padi dan cili merah dibuang biji dan dipotong kasar supaya mudah hancur bila ditumbuk.  Panaskan minyak dan digoreng cili-cili dan bawang putih sehingga layu dan agak garing.  Ketepikan.




2.  Bawang besar dihiris dan digoreng di dalam kuali yang sama tanpa perlu ditambah minyak.  Goreng sehingga layu.  Ketepikan.



3.  Tumbuk cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan.  Bila telah digoreng, mudah aje bahan-bahan itu hancur.

4.  Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi bersama ikan bilis goreng, bawang besar dan garam.  Ikan bilis goreng itu boleh juga ditumbuk sedikit.

5.  Lepas itu perahkan jus limau nipis. 

Huuuuhhhh.....rasa macam keluar asap di telinga dan hidung.....memang sedap dan baunya sungguh harum.  Sesapa yang tak tahan pedas tuh, janganlah makan yer.



Kalau ada lebih, sambal ini juga boleh dijadikan perencah untuk nasi goreng.


Ikan Sebelah Masak Taucu


Inilah baru pertama kali aku dengar nama Ikan Sebelah.  Member-member aku kata sedap isi ikan ni.  Nama lain bagi ikan ni ialah Ikan Sisa Nabi.  Menurut kisah yang ku dengar, ikan ni telah dimakan oleh Nabi Allah Sulaiman.  Nabi Allah Sulaiman tidak dapat menghabiskan memakan ikan ini lalu membaling ikan yang tinggal sebelah itu ke dalam laut.  Dengan kuasa Allah, ikan ini kembali bernyawa.  Maka kerana itulah ikan ini mendapat nama Ikan Sebelah atau Ikan Sisa Nabi.

(Tapi kalau nak tahu cerita yang lebih detail, surf lah kat internet).

Ikan ni nampak gelap dan macam tiada sisik tapi bila dikikis, punyalah banyak sisiknya.  Bahagian bawah ikan ni macam ikan pari; ialah isinya kan sebelah aje. 


1 ekor ikan sebelah/ikan sisa nabi
1 biji bawang besar - dihiris
1" halia - dihiris memanjang
1 1/2 sb taucu
2 ulas bawang putih - dimayang
1 cawan air asam jawa
1 biji cili merah - dihiris

1.  Setelah ikan disiang, digaram kunyit lalu digoreng hingga garing.  Ketepikan.


2.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.

3.  Masuk taucu diikuti dengan air asam.

4.  Bila mendidih, tuang kuah pada ikan yang telah digoreng tadi.

5.  Tabur dengan cili merah hiris.



Sunday, May 1, 2011

Royal Wedding Cake

Jom kita tengok Royal Wedding Cake
untuk perkahwinan
Putera William & Kate Middleton.