Inilah baru pertama kali aku dengar nama Ikan Sebelah. Member-member aku kata sedap isi ikan ni. Nama lain bagi ikan ni ialah Ikan Sisa Nabi. Menurut kisah yang ku dengar, ikan ni telah dimakan oleh Nabi Allah Sulaiman. Nabi Allah Sulaiman tidak dapat menghabiskan memakan ikan ini lalu membaling ikan yang tinggal sebelah itu ke dalam laut. Dengan kuasa Allah, ikan ini kembali bernyawa. Maka kerana itulah ikan ini mendapat nama Ikan Sebelah atau Ikan Sisa Nabi.
(Tapi kalau nak tahu cerita yang lebih detail, surf lah kat internet).
Ikan ni nampak gelap dan macam tiada sisik tapi bila dikikis, punyalah banyak sisiknya. Bahagian bawah ikan ni macam ikan pari; ialah isinya kan sebelah aje.
1 ekor ikan sebelah/ikan sisa nabi
1 biji bawang besar - dihiris1" halia - dihiris memanjang
1 1/2 sb taucu
2 ulas bawang putih - dimayang
1 cawan air asam jawa
1 biji cili merah - dihiris
1. Setelah ikan disiang, digaram kunyit lalu digoreng hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masuk taucu diikuti dengan air asam.
4. Bila mendidih, tuang kuah pada ikan yang telah digoreng tadi.
5. Tabur dengan cili merah hiris.
No comments:
Post a Comment