1 tin sardin
3 sb cili kisar
1 biji bawang besar -dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/4 cawan air asam jawa (guna 1sb asam jawa)
3 sb minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" belacan
Membuat sambal sardin ni ada 2 cara. Ikan sardin itu (ikan sahaja ye) digoreng dahulu ataupun tidak, ikut kesukaan masing-masing. Kalau nak goreng, asingkan ikan sardin dan sosnya. Ikan sardin tu dibilas sedikit dengan air, toskan dan digoreng. Masa menggoreng tu lah korang tanggung sendirilah meletup-meletap ikan (percikkan minyak) tu dalam kuali. Riuh-rendah. Aku tak sanggup bab ni.
Bila dah macam garing sikit tu, keluarkan. Bila dah digoreng, ikan tu akan kenyal sikit macam ikan goreng biasa. Tapi kalau suka ikan yang lembut tak payahlah digoreng.
Kemudian tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar pula dan goreng hingga hampir garing.
Masukkan ikan sardin bersama sosnya, air asam jawa, bawang besar dan garam. Aku lebih gemar pecahkan sedikit ikan sardin tu. Masaklah hingga pecah minyak dan masukkan cili hiris tadi.
No comments:
Post a Comment