Sunday, May 24, 2015

Brownie Mix yang memudahkan kerja membrownie


Brownie Mix ini aku beli dari seorang kawan lama.  Mudah aje nak membuat brownies lepas ni.  Untuk decoration tu ikut suka.  
Kalau ada tetamu mengejut, bolehlah dihidangkan.

Jika ada sesiapa yang berminat, boleh contact terus Pn. Fauziah di 012-6958423.




1 botol brownie mix
2 biji telur
100 ml minyak jagung

Campurkan telur dan minyak jagung dan dipukul hingga kembang.  Masukkan brownie mix.  Gaulkan hingga sebati.  Boleh dimasukkan badam cincang untuk lebih rangup.




Tuangkan adunan dalam loyang 7" yang telah dialas dengan baking paper.  Bakar pada suhu 175C selama 30 minit.  


Lime-in-the-Coconut Almond Bark



12 oz white cooking chocolate tanpa gula / white chocolate chip
4 sb shortening
1/2 hirisan isi kelapa
1/2 badam 
4 st parutan kulit limau nipis
sedikit pewarna hijau

1.  Cairkan cooking chocolate dan shortening dalam microwave atau gunakan kaedah double boiler.

2.  Angkat dan masukkan isi kelapa, badam yang telah dipanggang dan ditumbuk kasar, parutan kulit limau dan pewarna hijau.  Gaul rata.  Pewarna hijau tu jika tidak mahu digaul rata pun boleh juga.






3.  Tuangkan adunan ke dalam acuan 9" yang telah dialas dengan baking paper.  Hentakkan sedikit acuan itu supaya adunan itu menjadi rata.

4.  Sejukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit.  Kemudian dipecah-pecahkan kepada kepingan kecil.  Simpan dalam bekas kedap udara.


Kalau buat nipi-nipis, boleh dijadikan bahan deko untuk puding atau kek beraising.


Friday, May 22, 2015

Lebihan baguette


Kalau ada baguette yg tak habis tu, jangan dibuang.



Potong-potongkan baguette tu.  Sapukan butter/planta, taburkan gula pasir kasar dan akhir sekali taburkan dengan badam yang ditumbuk kasar.

Lepas tu bakar dalam 
5 minit. 


Thursday, May 14, 2015

Kerepek Daun Bayam



10 helai daun bayam
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan air
1 st air kapur
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 st ketumbar biji
1 st jintan manis

1.  Campurkan tepung beras, bahan tumbuk, air kapur, air dan garam.  Gaul hingga sebati.  


Adunan beter kenalah pekat supaya boleh menyaluti daun bayam itu.  Tapi kalau nak ada warna sikit, bolehlah dimasukkan sedikit serbuk kunyit.


2.  Kemudian celupkan sehelai-sehelai daun bayam ke dalam adunan beter itu dan goreng hingga garing.  Toskan.



Sambal Sardin



1 tin sardin
3 sb cili kisar
1 biji bawang besar -dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/4 cawan air asam jawa (guna 1sb asam jawa)
3 sb minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" belacan

Membuat sambal sardin ni ada 2 cara.  Ikan sardin itu (ikan sahaja ye) digoreng dahulu ataupun tidak, ikut kesukaan masing-masing. Kalau nak goreng, asingkan ikan sardin dan sosnya.  Ikan sardin tu dibilas sedikit dengan air, toskan dan digoreng.  Masa menggoreng tu lah korang tanggung sendirilah meletup-meletap ikan (percikkan minyak) tu dalam kuali.  Riuh-rendah.  Aku tak sanggup bab ni.  



Bila dah macam garing sikit tu, keluarkan. Bila dah digoreng, ikan tu akan kenyal sikit macam ikan goreng biasa.  Tapi kalau suka ikan yang lembut tak payahlah digoreng.   

Kemudian tumiskan bahan kisar hingga naik bau.  Masukkan cili kisar pula dan goreng hingga hampir garing.  

Masukkan ikan sardin bersama sosnya, air asam jawa, bawang besar dan garam.  Aku lebih gemar pecahkan sedikit ikan sardin tu. Masaklah hingga pecah minyak dan masukkan cili hiris tadi. 





Wednesday, May 13, 2015

Sotong Masak Lemak Lada Hitam



5-10 ekor sotong
1 biji kelapa
3 cawan air
2 batang serai - dititik

Bahan tumbuk :
5 biji cili padi hijau
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2" kunyit hidup
1 st lada hitam

1.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat.  Kemudian diperah lagi dengan 2 cawan air dijadikan santan cair.


2.  Masukkan santan perahan cair dan bahan tumbuk ke dalam periuk.  Biarkan mendidih.  Bila mendidih, kuah tu macam cair sikit.

3.  Masukkan pula sotong, santan pekat dan garam.  Kacau selalu sampai mendidih supaya jangan sampai pecah minyak.  Kuah seharusnya pekat barulah terasa lemaknya.








Jemput-Jemput Tofu Lembut




1 pack tofu lembut
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
3 biji cili padi - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris
1 pokok daun bawang - dihiris
1/4 cawan ikan bilis
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Tekan-tekankan tofu dengan belakang senduk hingga hancur halus. 




2.  Kemudian satukan semua bahan-bahan.  Gaulkan hingga sebati macam adunan jemput-jemput.  Tak perlu masuk air.


3.  Ambil satu sudu adunan dan bulatkan menggunakan satu lagi sudu.  Masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga garing.

4.  Cicahkan dengan sambal kicap atau cili sos.