2 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam
3 cawan air
3" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji tomato - didadu
2 sb rempah kabsa
1 biji capsicum hijau/merah - didadu
1 sb saffron
2 pokok daun ketumbar - dihiris
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sekejap hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga
wangi.
3. Masuk rempah kabsah, tomato dan capsicum. Tumis sekejap.
4. Masukkan ayam. Kacau-kacaukan biar rata dan biar sekejap.
5. Akhir sekali masuk beras, air dan saffron bersama air rendamannya. Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa. Tabur daun ketumbar.
Bahan untuk rempah kabsa :
1 sb bunga cengkih*
1 sb lada hitam*
1 sb jintan manis*
1 sb jintan putih*
1 sb ketumbar biji*
1 sb buah pelaga*
1 sb serbuk cili
1 sb serbuk kunyit
Goreng bahan bertanda * hingga wangi dan dikisar atau ditumbuk hingga halus. Kemudian digaulkan bersama serbuk cili dan serbuk kunyit.
Nasi kabsah ini dimakan begitu sahaja bersama sosnya. Oleh itu rasa garamnya mesti cukup tapi dah puasa maaflah terima ajelah apapun rasanya. Aku sediakan sekali dengan ayam goreng. Namun tekak orang kita ni mesti nak makan nasi macam ni dengan kuah. Kalau nak, buatlah suka hati lauk iringannya.
Bahan untuk sosnya yang dikisar halus :
1 biji tomato
1 biji capsicum hijau/merah
sedikit batang ketumbar
gula, garam, jus lemon
No comments:
Post a Comment